Wednesday, November 24, 2010

Rindunyerr..

Assalamualaikum warahmatullah wahai sahabat-sahabat yang di kasihi sekalian.

Rindunyerr...

Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keredhaan Allah dan sentiasa berada dalam situasi hebat serta luar biasa bagus sekali. Amin.

Uishh lama betul saya tak berblog ya… rindu rinduuuu...

Alhamdulillah komputer saya dah oke. Dah lama dah okenya cuma saya saja yang tak berkesempatan nak mengupdate sebab sentiasa bizi.. ceewahh… bizi dengan kerja-kerja dunia yang tak pernah nak habis. Semoga kerja-kerja yang dibuat itu kerana Allah jua.

Ohh rindunyerr..

Bila lama tak menulis ni idea semacam beku la pulak ya. Nak cerita apa eks… Tak apalah untuk permulaan semula ni kita sembang sembang je lah apa yang terlintas di fikiran.

mmm...bagi yang pernah ke blog saya sebelum ni tentu perasan kelainan pada latar belakang blog ni kan? Amacam? Orait? Sesekali bertukar la pulaks kan.. asik design lama jer…jemulah pulak…

Kita manusia ni kan memang memerlukan kelainan dalam hidup. Kena ada pembaharuan. Ada pertukaran dan ada perubahan. Tak lah sama je... nanti mendatangkan kejemuaan. Semoga pertukaran atau pembaharuan ini membawa mood baru. Melahirkan lebih keceriaan dalam hidup. Ceewahhh...

Harap sahabat-sahabat juga suka dengan mood baru ini. Laa..tak suka? Tak berapa suka? Aisehwomen...tak kisahlah sekurang-kurangnya ia menyenangkan mata saya. Hihihi... mana boleh nak puaskan semua orang kan asal tak langgar syariat oke lah tuu. Ya lah nak tukar ni ada ‘beribu ribu lemon’ pulak backgroundnya nak buat pilihan, mahu tak rambang mata dibuatnya. Mungkin lepas ni tukar lagi..hihihi jangan marahhh..

Oo ya celik pejam celik rupanya dah ke penghujung tahun dah kita. Apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni ya? Hajat dan azam dah tercapai ke belum? Buat azam baru pulak? Amal dan iman makin meningkat ke makin susut? Sama-samalah kita muhasabah ya..

Alhamdulillah sejak telah lebih setahun saya berblog ini banyak manfaat yang saya dapat. Pelbagai cerita dan ilmu yang boleh dijadikan teladan.Terima kasih pada sahabat semua. Ramai kenalan baru yang saya jumpa dan menghubungkan kembali silaturrahim sahabat lama yang terputus.

Awal pembabitan saya di dunia blog ini hanyalah sekadar suka-suka. Benda baru mestilah nak cubakan. Ramai kawan-kawan dah ada kita pun nak lah ada juga (tak aci) hihihi... Bukan niat saya nak menyampaikan ilmu di blog ini. Sekadar mencatat apa apa yang dirasakan nak dikongsikan saja. Lebih kepada diri dan keluarga je lah. Mana yang ada manfaat ambillah dan mana yang tak ada jadikan halwa mata hikss..

Oke akhir kalam saya lirikkan nasyid ini (by Nada Murni) untuk sahabat yang dirindu..

RINDU

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Setiap insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan

Orang-orang bertaqwa rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan dan keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan anak-anak yg soleh
Isteri-isteri yang solehah keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


Wallahualam

Sunday, June 13, 2010

Berehat seketika...

Assalamulaikum wrt..

Apa khabar semua sahabat-sahabat dan silent reader semua...semoga kita semua mendapat hidayah Allah selalu.

Yahh... lamanya saya tidak menulis di sini... ohhh rindunyer... (cee wahhh macam byk benor cerita nak buat tuh...)

Ke mana saya menghilang? Hihi tak hilang ke mana punn...ada jer... selalu juga melayari blog sahabat-sahabat cuma invisible jer.

Disebabkan kesibukan yang melanda dengan kesihatan yang tidak mengizinkan...ditambah pc yang terpaksa di 'icu' kan... maka blog ini tinggal 'beragan' lah jawabnya..

Walaupun kesihatan dan ke'bizi'an telah beransur pulih..tapi nampaknya blog ini akan terus juga 'beragan' untuk satu tempoh yang belum pasti dek pc yang belum tahu bila akan kebahnya. Dah masuk 'icu' kan.. tak kurang jugalah kos rawatannya... (bior ler dia beragan dulu sementara saya mencari ubat cap agong..ngep3...)

Coretan ini saya tulis melalui lap top hubby yang kebetulan dia tidak menggunakannya. Macam ni lah kalau saya nak ber 'muka buku' (fb) ke baca berita-berita terkini ke terpakasalah mencuri-curi waktu bila En hubby free... (sabar je lah kan...)

Oke lah sahabat-sahabat selamat berblog lah selagi ada pc, ngep3... saya akan follow dari masa ke semasa walaupun secara invisible.

InsyaAllah setelah pc saya sihat walafiat nanti kita akan kembali bertemu dengan cerita-cerita terkini..

Wallahualam.

Sunday, March 28, 2010

Bila Aduan Rakyat datang

Bila Aduan Rakyat datang barulah masing-masing nak kelam kabut. Bila kena terjah dengan Edisi Siasat barulah nak ambil tindakan. Bila Bersamamu datang bertandang barulah nak turun padang... Kenapa begitu ya..

Itulah manusia...kita...memang mudah lalai. Bila di atas kita lupa pandang ke bawah. Bila ada kuasa kita lupa pada yang lemah. Begitulah...lumrah...itu orang, senanglah kita kata ya...kalau kita di tempat mereka entahkan lebih lagi? Manusia selagi tak diuji belum tentu teguh imannya. Semoga kita tak begitulah. Walau menongkah langit tak lupa rumput di bumi...ceewahhh berfalsafah la pulak...

Bila dah begini kita memerlukan orang lain untuk menegur atau membetulkan keadaan bila suasana semakin parah. Asbab itu jugalah lahirnya Aduan Rakyat, Talian Hayat, Edisi Siasat, Bersamamu dari mereka yang prihatin. Terima kasih untuk mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah buat kerja untuk kita yang terpinggir...yang dipinggirkan. Kalau diniatkan kerana Allah lagilah bagus..

Baru2 ini Aduan Rakyat dijemput ke tempat saya oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) di sini. Bila segala aduan tak diendahkan ke situlah jawabnya. Menggunakan saluran yang disediakan kan kan...

Ceritanya telah pun disiarkan Rabu lepas di TV3. Ada tengok? Aisehwomen...tu lah akak nak heboh awai tapi tak dan...(tak dan manjang...) Tak pe lah layannn...

Masalah yang kami ajukan ialah perihal kolam tadahan (balancing pond) di sini. Apa yang diperhatikan ia tidak diselenggara dengan baik. Rumput lalang dibiar meninggi tak pernah bertebas. Ada sekali saja yang saya pernah perasan tempat tu diterangkan sejak berpindah ke sini. Sekarang dah kembali bagaikan 'hutan amazon'. Lagi pulak ia tempat takungan air yang boleh membiakkan nyamuk aedes. Jangan-jangan anconda pun boleh ada... eh melampau lah tuu... ular sawa ya.., memang pernah ditemui.

Di tempat saya ni memang telah disytiharkan kawasan gelap denggi. Hampir setiap bulan ada kes demam denggi di laporkan. Walaupun belum ada kematian (setahu sayalah) tetapi takut juga kalau ia berterusan. Setiap bulan memang ada lori kesihatan datang untuk buat semburan tapi tak makan saman. Sampai naik pelik hairan bin ajaib lah orang2 kesihatan tu. Nyamuk disini power sungguh! Mereka memang dah buat kerja dan kami juga sudah menjaga kebersihan masing2 dengan kerap juga membuat gotong royong tetapi demam denggi masih lagi dilaporkan. Sebab itulah kami berpendapat ada kemungkinannya datang dari kolam tadahan tersebut.

Tapi biasalah kalau aduan dibuat susah untuk kita dapat perhatian terus. Tu yang hairan tu apa pasal dia orang ni susah sangat nak turun padang. Balik-balik suruh bersabar akan dibuat siasatan....tapi sampai sudahlah siasatan tak siap-siap...tak tahu lah... bila repot diaju lagi, masih dalam siasatan... tunggu kertas kerjalah.. tunggu pegawai bertugas balik dari luar negerilah..tunggu kelulusan pihak atasanlah dan macam-macam...kes denggi tetap berleluasa!

Bila dah macam tu haa Karam Singh Waliyalah jawabnya...

Alhamdulillah lebih kurang seminggu je aduan dibuat terus mereka datang...macam ni lah baru orang yang nak buat kerja...tak tangguh2...

Sabtu, 13 mac menjadi sejarahlah di tempat saya dikunjungi Aduan Rakyat (bukan wakil rakyat...) heheh..kecoh sekejap maklumlah orang tv datang....

Alhamdulillah. Setelah dibawa meninjau ke kawasan yang dimaksudkan dan mengambil maklumat yang patut mereka memaklumkan akan membuat aduan segera.

Tup tup esoknya...14 mac sekitar jam 8.00 pagi sekumpulan pekerja datang untuk membersihkan kawasan kolam tadahan tersebut. Saya tahu ni pasal kolam tadahan ni memang betul-betul depan rumah saya. Ingatkan apa pagi-pagi buta dah dengar bising-bising. Alhamdulillah...

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan

Wahhhh cepat betul diaorang datang. Pelik bin ajaib binti hairan nii... bolehlah pulak bertindak secepat itu ya...di hari cuti pulak tuu...hmmm... Semoga lepas2 ni kawasan tersebut dapat pemantauan berkalalah hendaknya. Tidaklah tunggu Aduan Rakyat untuk kali ke dua pulak untuk tindakan lanjut.

Sehingga semalam kerja-kerja pembersihan masih lagi berjalan dan pagi ini gotong-royong basmi wabak denggi turut diadakan anjuran bersama Pejabat Daerah Sepang, Persatuan Penduduk, Surau, KRT dan SRS. Alhamdulillah semoga kerja-kerja ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT untuk kami semua. Diharap juga kes denggi di kawasan saya dapat dibasmi sepenuhnya.

Terima kasih kepada TS Lee and the gang. Karam Singh tak ada pulak hari tu...ingat boleh jumpa dia hihihi...

Wallahualam.

Bukan nak mengheboh sekadar berkongsi cerita..

'Terbakar kampung nampak asap..terbakar hati siapa yang tahu' - Karam Singh Waliya

"Sesungguhnya Allahlah penyelesai segala masalah"

Tuesday, March 16, 2010

Terima kasih sayang

Ohh sejuknya hati bahagianya jiwa...itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan... wahhh pasal apa pulak ni yer... hihihi saja nak stori mori... walaupun dah lama berlalu tapi masih segar diingatan dan buatkan saya senyum sendirian bila terkenangkannya... ceewahhh..

Sebenarnya saya tak sangka anak-anak buat kejutan diharijadi saya yang lepas...biasalah juga terima2 hadiah harijadi ni kan... tapi bila datangnya daripada anak-anak, memang lainlah rasanya...bangga jugalah kiranya..nampak mereka dah pandai nak menghargai gitu. Kira first timelah ni dapat daripada anak-anak, tu yang terexcited lebih tuu..nak rakam kat sini...hihi

Suatu hari tu abang balik dari sekolah senyum-senyum je... pastu cakap, "mama...saya ada 'sesuatu' untuk mama...pejam mata dulu..." eh budak ni...selalu saya yang buat kat dia macam tu. Anak2 saya memang suka dengan kejutan...hari2 kalau boleh nak kena ada 'sesuatu'...tak kiralah apapun (walaupun sebiji gula-gula) jadi dah terbiasalah kalau hari tuu ada sesuatu saya akan kata..."haa hari ni mama ada 'sesuatu'...tutup mata dulu..." tapi biasalah kalau dia orang nak tu kenalah dah berbuat 'sesuatu' kebaikan juga...hihi strategi...

Saya pun tutuplah mata...bila buka tuuu...ohh tidakkkkkkk.... abang hadiahkan saya gelang tangan...cantik je dalam bungkusan plastik....oraitlah tuu...cepat2 abang suruh buka dan pakai. Al malang wa sadisnya... tak padannnnnnn...hiks...alamakk... kesian pulak tengok abang sedikit kecewa...tak pe lah bang yang penting abang bagi ni pun mama dah suka sangat....! Rupanya abang beli daripada kawan sekelas dia...saiz budak-budaklah... wahh budak sekarang ni pandai berniaga pulak kat sekolah...usahawan kecil...bagus...baguss...

Muadz bila tengok abang bagi saya hadiah dia pun nak bagi juga...jelouslah tuu.. tak sangka pulak dia boleh buat kad untuk saya.

Tiba-tiba je...mama, nah...(dengan malu2 kucing pulak...heheh..) wahhh terkejut badaklah saya...buat2 terkejut ler...sebelum tu dah tahu dah dia nak bagi sebab sibuk je cari kertas dan gunting...

Anak-anak ni bila kita buat2 terperanjat tu kan dia orang suka tambah pulak dengan pujian bagaikan Gunung Everest, lagilah...hihi...strategi...

Kakak pun saya tengok sibuk menconteng juga di kertas... siap saja dia pun bagi...nah mama ni untuk mama... wahhh alhamdulillah walaupun masih belum tahu menulis betul tapi kakak juga tahu untuk memberi saya sesuatu sebagai hadiah harijadi untuk mamanya.

Terima kasih anak-anak mama...terima kasih sayang...sesungguhnya mama bangga dengan kalian. Walaupun hadiahnya mungkin tidak seberapa pada orang lain tapi bagi mama ia cukup bermakna. Mama berdoa agar anak-anak mama menjadi anak-anak yang soleh yang tahu tanggujawabnya sebagai seorang hamba kepada Tuhannya...

'Memberi itu lebih baik daripada menerima'

Hadiah daripada abang...dek ketidakpadanan maka kakaklah yang empunya..

Kad hasil buatan Muadz..terharulah puloks...

Ini kakak punya..oraitlah tuu...

Wallahualam..

Tuesday, March 2, 2010

Naik Keretapi

Assalamualaikum wrt. sahabat-sahabat... apa cerita bercuti di hujung minggu yang lalu? Semoga semuanya membuahkan kebaikan dalam hidup dan mendapat manfaat dalam beragama.

Naik keretapi.

Pengalaman anak-anak naik keretapi.

Alhamdulillah...sempena cuti hujung minggu yang lalu dan nak meraikan hari jadi saya (kononnya lahh), kami sekeluarga mengambil peluang berjalan-jalan dengan menaiki keretapi. Maklumlah anak-anak saya ni memang tak pernah naik keretapi lagi. Selalu nampak je bila melalui landasan keretapi.

Jadi nak buat suspen dan kelainan sikit kami pergilah dengan keretapi. Ya lah asyik naik kereta je kan...bior ler lain sikit. Di samping anak-anak dapat pengalaman baru.

Hahaha terujanya masing-masing bila kata nak naik keretapi. Tak dapat dibayangkanlah...saya pun dah berzaman memang tak pernah naik keretapi. Ya lah tak duduk di laluannya, tak da pasallah pulak kan nak naik keretapi...hihi...

Wajah ceria anak-anak sementara menunggu ketibaan keretapi

Seingat saya last naik keretapi masa masih belum bersekolah lagi, itupun adalah sekali ke 2 kali je... Keretapi jalan ikut atas tu (STAR/LRT/ERL) biasalah juga masa zaman-zaman bekerja dulu, ini yang landasan atas tanah ni... Zaman dulu keretapi bukan keretapi komuter macam sekarang...masa tu masih kerusi kayu lagi, tak ada air cond... bila berjalan pulak bergegar je...dah turun pun masih rasa macam duduk dalam keretapi lagi! (ni selepas mak saya cerita balik lah...masa saya naik tu ingat-ingat lupa la..kecik lagi kan..) hahaha...

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap kononnya nak keluar awal sebab takut panas...maklumlah musim panas sekarang ni kan…tapi biasalah...itu ini begitu begini...(terhanuh-hanuh bak kata sesetengah orang) meninggi hari jugak ler baru keluar rumah.

Lebih kurang setengah jam perjalanan sampailah kami ke Stesen Keretapi Nilai. Di sini stesen keretapi terdekat adalah Stesen Nilai. Kami bercadang nak ke Seremban saja. Perhentian ke 3 selepas Tiroi dan Labu. Tak jauh mana sekadar nak merasa naik keretapi lah katakan. Lagipun bajet ciput. Jauh-jauh nanti besar pulak tambangnya..hihi..

Allhamdulillah setelah ke ruang menunggu, keretapi di jangka tiba jam 11.24 pagi. Tak lama jugalah. Walaupun begitu 'separuh naga' jugalah saya mengawal anak-anak yang tak tahu nak duduk diam... terloncat-loncat... berlari-berlari... risau pulak jatuh ke bawah landasan tuu... nauzubillah!

Akhirnya keretapi yang ditunggu-tunggu pun tiba tepat jam 11.24 pagi seperti yang dijanjikan pada skrin masa.


Dah tak sabar-sabar dah ni...

Anak-anak saya begitu teruja nampaknya. (saya punn...hiks...) Alhamdulillah sebaik melangkah masuk, kami diberi tempat duduk oleh mereka-mereka yang prihatin...(masa tu tempat duduk penuh) Terima kasihlah dengan mereka semua, semoga Allah memberi ganjaran terbaik pula untuk mereka.

Perjalanan memang lancar...anak-anak saya sajalah yang sekejap duduk sekejap bangun...riuh semacam... rasa-rasa macam kami dah 'konker' je suasana masa tuu...sabar je lah... Saya pun dengan senyum-senyum kambing ambiklah beberapa gambar untuk kenang-kenangan...hihi...


Abang dan Ash yang teruja

Kejakunan la pulak...

Lebih kurang setengah jam perjalanan sampai juga kami ke destinasi yang di tuju. Stesen Keretapi Seremban. Bukan nak ke mana pun...kat situ pun macam tak ada apa je...(orang Seremban jangan marahlah ya...) Seberang jalan tu ada lah Seremban Parade...pergi jugaklah tapi bila dah pusing-pusing tu macam tak ada yang menariklah pulak. Nak ke tempat lain kena naik bas...hmmm jadinya jalan-jalan cari makan je lah...sebab target pertama tadi pun nak merasa pengalaman naik keretapi je bukan nak merewang-rewang tak tentu pasal...nanti tak pasal-pasal dapat dosa pulak...tempat awam yang bercampur baur ni faham-faham je lah...suasana keislaman belum syumul...couple sana couple sini...macam-macam...tak elok pulak untuk anak-anak...Ya Allah...

Akhirnya selepas kekenyangan semuanya...kami bersiap-siap untuk balik semula. Naik keretapi lagi. Sekali lagilah anak-anak saya kegembiraan.

Sampai di rumah, seharianlah sampai ke malam cerita keretapi tak habis-habis sampailah semuanya tertidur. Alhamdulillah, semoga kegembiraan mereka menjadi kegembiraan Allah jua. Masing-masing mintak naik keretapi lagi nanti bila harijadi mereka pulak. InsyaAllah saya kata. (dalam hati...selamat duit mama...belanja ciput je hahaha...berbanding nak kena beli kek ke hadiah ke kan? Yang penting ia membuahkan kemanisan dalam keluarga kami) :D

Wallahualam.

Di Stesen Keretapi Seremban


'Pengalaman adalah guru yang berjasa'


Friday, February 26, 2010

Nun Di sana

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat, di doakan semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Nun Di Sana... Ya... Akhirat.. marilah menghayati bait2 lirik ini. Ini adalah antara nasyid yang saya sangat suka suatu ketika dulu...(sekarang punn), browse2 dalam talian terjumpa balik... alhamdulillah... Jom! Sama-sama menghayati moga ada manfaatnya...


NUN DI SANA

Nun di sana cita-cita kita
Ya.. akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Quran dan Sunnah jadikan panduan
Agar besok kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedar

Di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegeralah berbuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
taatilah Dia minta ampun padaNya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia


Untuk load nasyid ini boleh ke http://www.4shared.com/

Nasyid oleh Nada Murni, dinyanyikan oleh arwah Ust Asri Ibrahim

"Selamat menyambut Maulidur Rasul..bersama menegakkan Sunnah Rasulullah..



Tuesday, February 16, 2010

Tak Dan 2

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat.. semoga semuanya berada dalam situasi luar biasa bagus dan hebat sekali..

Tak Dan 2..

Eh bersiri pulak ya..

Apa yang tak dan pulak kali ni?

Nak update blog ni lah...

Nampaknya masih 'tak dan' lagi untuk saya mengupdate blog dgn cerita-cerita terkini lagi sensasi...(ceewahhh)... sibuks le puloks... sibuk bangattt...(bak kata sahabat2 negara jiran).

Walaupun begitu saya masih dan @ sempat untuk menjenguk blog sahabat2 walaupun sekadar angin lalu...eh...

Syabas kepada sahabat yang sentiasa membawa mesej baru...semoga mendapat manfaat bersama.

Okelah insyaAllah bertemu lagi...semoga dgn cerita baru bukan 'tak dan 3' lah hendaknya...hihi...


"Semua orang hidup adalah tidur, bila mati baru terjaga" - Saidina Ali


Saturday, January 9, 2010

Tak 'Dan'...

Apa yang tak 'dan'..? Biasa guna istilah nih? Atau biasa dengar? Hihi... saya selalu pakai bila tak sempat nak buat sesuatu...tak 'dan'@tak sempat..

Memang banyak benda yang kadang-kadang kita tak sempat nak buatkan? Bukan tak mahu buat tapi tak sempat@tak 'dan'... tak 'dan' sebab macam-macam alasanlah yang telah terjadi. (atau dicari..?)

Sekarang dah pun masuk tahun baru...azam tahun lepas dah terlaksanakah? Atau masih tak 'dan' nak buat?

Blog saya ni pun dah 'bersawang' pasal tak dan nak updet... banyak juga cerita-cerita yang saya tulis tapi tak 'dan' nak publish, pasalnya tak 'dan' nak disiapkan. Tengah tulis anak kacau lah..idea tetiba hilang lah...ada kerja lain nak kena buatlah..macam-macam lagilah menyebabkan ke tak 'dan' nan tersebut...

Tak 'dan'...

Ingat lagi kalau dulu-dulu waktu saya masih bekerja bila lambat masuk ke opis, bila bos tanya apa pasal lambat? Tak 'dan' kejar bas la bos... kena tunggu bas lain...itu pasal lambat... masa sekolah pulak bila cikgu tanya apa pasal tak lulus periksa? Tak 'dan' ulangkaji lah cikgu... Macam-macam tak 'dan' lagilah...tak 'dan' nak online...bz plak...eh...tak 'dan' nak kemas rumah... tak 'dan' nak masak... sebab sibuk pulak bertenet? Ish...ish..ish...

Adakah tak 'dan' ni sebab kita tak merancang betul-betul? Kadang-kadang dah 'cantik' dah buat perancangan tapi tak 'dan' jugak nak buat macamana? Takdir ke? Kalau ditanya, kenapa awak tak kawen-kawen nih? Tak 'dan' nak carilah sis.. boleh ke gitu? Ke takdir yang tentukan yang si polan-polanah tu kawen lambat?

Bila saya tilik-tilik susah juga nak tentukan... sesetengah tu memang tak 'dan' sebab kecuaian sendiri. Dah memang biarkan saja...asyik buang masa saja...maka kerja jadi tak 'dan' lah... Sesetengah tu dah berusaha dah buat macam-macam nak siapkan ikut dateline tapi tak 'dan' juga...macamana?

Tak 'dan'...

Sebenarnya kita yang tentukan apa yang kita nak buat. Sekali dua kali tiga kali tak 'dan' logik juga, jangan memanjang tak 'dan'...itu dah something wrong with yourself... Kalau kerja kecik-kecik yang biasa-biasa macam tak 'dan' nak bagi kucing makan ke siram pokok ke updet blog ke... ok lagi (walaupun kesian kat kucing-kucing tuu dan pokok-pokok tuu) tapi kalau kerja 'besar-besar' projek untuk syarikat ke...tapi asyik tak 'dan'? Tertangguh jek... Tak 'dan' lamalah kerja alamatnya...mesti kena buang ke atau diberi warning ke kan kan...?

Tapi tulah kalau kerja yang dianggap kecik-kecik pun asyik tak 'dan' susahlah nak meng 'dan' kan kerja yang lebih besar sebab dah terbiasa..betul? betul ke?

Jadi untuk kita meng 'dan' kan sesuatu yang kita nak buat kita sendirilah kena disiplinkan diri. Jangan pulak bila di Mahsyar, Allah tanya apa pasal kamu tak sembahyang? Kita jawab tak 'dan' lah Ya Allah sebab sibuk sangat....haa tak 'dan' ke Syurgalah jawabnya...nauzubillah...

Jadi sama-samalah kita meng 'dan' kan diri untuk berbuat sesuatu. Rancang dan disiplin. Yang terutama yang tidak boleh tidak kita mesti untuk meng 'dan' kan diri untuk Allah dan agamaNya...

'Biarlah tak 'dan' untuk lalai sebab mengingati Allah, jangan tak 'dan' mengingati Allah sebab lalai..'

Wallahualam...