Monday, August 3, 2009

Puasa pun belum dah sibuk raya

Petang tadi saya sempat ke Maidin Nilai. Cari keperluan rumahlah macam biasa. Yaa ampunn...jualan untuk hari raya dah pun bermula. Dari kain baju sampailah pinggan mangkuk, langsir, lampu lip lap, pelita dan berbagai-bagai lagilah keperluan menyambut raya. Hee..

Puasa pun belum lagi. Tempat lain pun sama juga rasanya. Beginilah setiap tahun. Nak menyambut puasa tak pernah dihighlightkan... semuanya kemeriahan untuk menyambut raya saja. Sampai terlupa kita kemeriahan menyambut Ramadhan. Rejab dan Syaaban lagilah...(huhu..)

Nasiblah tak dipasang lagu raya lagi. Tunggu 1 Ramadhan lah tu. Biasa gitu lah kan. Hari pertama puasa je bermulalah episod lagu-lagu raya di mana-mana. Betul tak?

Tak salah jugalah kalau kita nak buat persediaan awal menyambut raya tu...bajet.. nanti masa puasa tak kecoh-kecoh nak ganggu beli barang raya kan...boleh 'khusyuk' beribadat saja...(iyer ker..?) Tapi janganlah sampai kita sama tak menghormati bulan Ramadhan seperti yang dimainkan oleh peniaga-peniaga ni. Berlebih-lebih pulak buat persediaan raya sampai tak rasa kebesaran puasa melainkan kebesaran nak beraya saja.

Semoga kita sama-samalah menyediakan diri dan hati menyambut Ramadhan yang bakal tiba.


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Di dalamnya ada lailatul qadar
Kebaikan di buat lebih dari seribu bulan

Bulan Ramadhan pintu neraka ditutup
Mereka yang diazab kubur dibebaskan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan

Nada Murni

4 comments:

  1. Betul la kak. Posa lom setat, iklan raya dah bebeno dah ni. Bukan setakat kat soping je, iklan dalam tv pon same gak.

    Iiskk .... sedih sungguh.

    ReplyDelete
  2. yelakan..camner nak buat tuh.??.:)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....

    wah...rindunyer suasana d msia...hhehe...mcm2 taktik toke2 kedai tu ye...mguji iman btull...heheh

    apa pun....slamat menjalani ibadah puasa buat kawan2 smua.....:)

    ReplyDelete
  4. Macam tule strategi orang bisnes, sentiasa beberapa langkah dihadapan! Kita pun boleh ikut sebenarnya. Dalam ibadah dan dalam hal2 kebaikan..... lihat dari sudut positif.Think positive!

    ReplyDelete