Saturday, May 30, 2009

Madihah sayang ...

Pejam celik pejam celik tak sedar je setahun dah berlalu. Tanggal 30 mei genaplah umur anak saya yang ke empat Siti Nur Madihah setahun...sama pulak nama dengan budak yang pandai tu kan...moga Madihah saya pun boleh pandai macam tu..


Sekadar berkongsi saat manis!

baru sehari di dunia



beberapa bulan

belajar meniarap

mula merayap

dah pandai meniti

abang-abang dan kakak turut berkongsi kegembiraan mendapat adik baru


Beberapa gambar yang sempat di rakam. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak larat nak upload lambat sangat. Cukup yang ni je lah. Gambar terbaru tak 'dan' lagi nak ambil..bateri kamera habis la pulak...


eeeeee
Semoga anakku menjadi insan yang memuliakan agamanya. Sama-sama berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Agar Islam kembali agung!


"Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat Islam) Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui ,bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk agama Allah"

Riwayat Al-hassan bin Safwan Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim putera Rasulullah s.a.w

Hikmah Berblog

Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 bulan saya berblog ramai kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan dapat dihubungi semula. Kawan -kawan yang baru pun ramai muncul.

Pada mulanya saya buat blog ini sekadar suka-suka saja. Nak memanfaatkan teknologi yang ada lah katakan. Nanti ketinggalan pulak. Bukan nak tulis pasal krisis dunia ke hapa ke. Maklumlah tak pandai menulis. Lebih kepada diri sendiri je lah. Setakat berkongsi dengan adik beradik. Santai-santai. Syok sendiri...hihi..

Niat dan terfikir tu ada juga. Semoga dengan berblog ini dapat mencari semula kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru selain boleh bertukar-tukar pandangan dan cerita. Tak sangka pula begitu cepat Allah tunaikan. Subhanallah!

Saya percaya semuanya bermula selepas Kak Gee buat entri pasal kenangan terindah tu. Terima kasihlah Kak Gee dengan asbab tu kawan-kawan kita yang entah ke mana hilangnya dulu dapat dikesan kembali. Walaupun sekarang masing-masing dah jadi orang-orang hebat dan punya fikrah sendiri tapi bila berhubungan masih terasa macam dulu-dulu juga. Indahnya!

Semoga kita terus berukhwah seperti dulu-dulu. Bagi kawan-kawan yang baru semoga silaturrahim sesama kita bertambah dan boleh berkenalan lebih jauh lagi.

Didoakan juga ramai lagi kawan-kawan lama tampil untuk menghubungi. Yang penting dengan berblog ini kita sama-sama mendapat redha dan kasih sayang Ilahi!

'Kawan ketawa mudah diperoleh, kawan menangis sukar dicari'

Thursday, May 21, 2009

Tak ada air la pulak...

Biar tak ada api janganlah tak ada air kan. Hari ni satu taman saya ni tak ada air. Dah tau dah pasal SYABAS dah pun buat makluman seminggu yang lepas. Okaylah dah simpan sikit air. Kalau macam saya ni keluarga kecil bergantung pada air tangki setakat sehari tu insyaAllah lepaslah kalau berjimat. Jangan terus tak ada udah ler. Macam tahun lepas... 4 hari maa.. azab.. satu daerah sepang ni...kecoh kat tv dulu tu...


Kali ni bukanlah saya nak berkongsi cerita pasal kesusahan tak ada air ni tapi sekadar nak berkongsi 'cerita-cerita'. Menambah koleksi paparan di blog..hehe.. Pengalaman baru ni. Mungkin kawan-kawan pernah dan ada tak pernah melaluinya. Bukan apalah.... tak ada air kali ni sebab SYABAS kata nak cuci tangki penyimpanan air tu ler... bagus dia orang ni tiap-tiap tahun pun buat penyucian... jangan tragedi tahun lepas berulang sudah ler... syabas kepada SYABAS...eh..


Pasal nak cuci tangki ni tak pernah pulak saya tahu kena buang air yang lama tu melalui pili bomba. Pili bomba tu pulak betul-betul tepi pagar rumah saya ni ha. Mungkin sebelum sebelum ni pun begitulah tapi dulu saya duduk lorong lain walaupun taman yang sama. Jauhlah dari pili bomba ni. Tak tahu cerita.


Apalagi bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi gitu dia orang pun start kerjalah, buka pili bomba tu. Mak aiii kuatnya bunyi dan air yang keluar tu punyalah laju. Kalau setakat orang yang kurus macam bini popai tu memang melayang lah jawabnya. Terkezut akak kat dalam rumah ni ha ingat kan hapa..tsunami ke.. earthquake ke.. tak ada la pulak 'disound sound' dulu nak bukak tu aleh aleh terdengar deruan air je.


Oleh kerana lama jugak proses pembuangan air tu sempat ler saya merakam beberapa gambar untuk dibuat kenang-kenangan...hehe...



Selepas naik sebal jugak telinga dengan bunyi air tu (dekat 3 jam) barulah SYABAS tutup. Okay legalah sikit. Aleh-aleh sebelah petangnya sekali lagi dibukak. Tak tahulah sebab apa pulak. Tapi tak lama lah. Apa lagi anak-anak saya yang dah balik sekolah semuanya tu bukan main ler sukanya lagi. Rahmat lah bagi mereka. Budak-budak dengan air mana boleh pisah.


'Waaa air-air' kata Abang. 'Jom kita main'. Waduh.. tak sempat nak larang melompat semuanya keluar main air. Di sebabkan kelajuan air tu sangat kuat sebahagiannya melimpah masuk ke dalam pagar rumah saya...Mulanya saya marah jugak le budak-budak jangan main air tu. Dia orang pun usik sikit sikit je lah... lama-lama... hmmm.....main je lah wahai anak-anakku... bukan selalu nak dapat peluang macam ni ya! haha...







Kalau dah budak ...



Lucu la pulak. Nikmat tak ada air. Terima kasihlah kepada SYABAS dengan tungkus lumus anda memastikan kami semua mendapat air secukupnya!


'Sesungguhnya membazir itu sahabat syaitan'

Monday, May 18, 2009

Kad Ucapan Untuk Cikgu

Selepas macam-macam hari disambut, hari guru pulak tiba. Selamat hari guru lah untuk semua guru-guru. Semoga anda menjadi guru yang bukan saja mengajar pelajaran malah guru yang mendidik minda dan jiwa anak-anak.

Bersempena hari guru ini saya dan anak-anak sepakat nak memberi sesuatu yang istimewa untuk guru mereka. Ya lah guru adalah orang yang istimewa. Anak saya ni pulak al maklumlah... orang baru mula sekolah...bukan main lagi apa saja yang cikgu cakap semua bagus... eh betul lah tu... Bukan apa, kadang-kadang ada perkara yang kita memang dah bagi tahu dia tapi tak mahu ikut... tapi bila cikgu cakap je...terus boleh ikut...siap bagi tahu kita balik cikgu dia cakap... ish ish ish... Begitulah besarnya peranan dan pengaruh guru.

Sebelum ni kalau hari guru tak da lah rasa apa apa sangat pun pasal anak belum sekolah takat si Abang je tadika tak de lah rasa sangat nak menyambutnya. Macam tak terlibat gitu. (tak patut betul...) Tahun ni kira first time ler nak beriya iya. Teringat pulak zaman sekolah dulu waktu nak menyambut hari guru. Macam-macam. Cikgu yang favourite tu banyak le dapat hadiah.

Setelah berfikir-fikir saya cadangkan bagi kad ucapan untuk cikgu masing masing. Kad ucapan yang dibuat sendiri. Hadiah yang di buat sendiri lebih bagus saya rasa. Tak terdapat di mana-mana. First class punya.. hehe.. Lagipun, asyik nak beli je parah juga lah dalam gawat-gawat ni.

Maka berpulunlah kami membuat kad ucapan tu. Bukan main seronok lagilah Abang dan Muadz. Apa tak nya nak bagi hadiah untuk orang istimewa kan. Tersenyum-senyum je Abang sepanjang waktu membuat kad tu. Muadz pulak sibuk sangat menolong lah kononnya walaupun tak jadi memanjang... Tolong sibuk je ler... Tak pe lah yang penting semangat nak meraikan hari guru mereka.

Alhamdulillah selepas bertungkus lumus (seharian jugak ler) membuatnya akhirnya siap jugalah kad ucapan kami tu. Sungguh bahagia sekali si Abang dan Muadz nampaknya walaupun 90% sayalah yang menyiapkannya.




He he..okay tak? Hasil sentuhan kreativiti saya dan anak-anak. Kira orait la kan hehe...(perasan la pulak..) Yang ni Abang punya nak bagi cikgu dia 2 orang. Cikgu Nasa guru kelas dan Ustazah Nora cikgu favourite dia.


Yang di bawah ni pulak Muadz punya untuk cikgu tadika dia.


























Hari ini Abang dan Muadz melangkah dengan bangganya ke sekolah membawa kad ucapan masing-masing. Semoga pemberian ini ikhlas keranaMu ya Allah! Dengan itu diharap hubungan antara mereka dan guru masing-masing lebih erat.

'Guru adalah insan yang wajib dihormati selepas ibubapa'

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Ibu, Emak


Selepas pekena 'mai secawan', saya terus saja mengadap pc. Lama tak mengupdate. Sekadar menjengah-jengah emel dan baca news aja. Agak sibuk sikit. Macam-macamlah. Anak pulak tengah ada peperiksaan. Anak periksa kita pun 'periksa' sekali.

Teringat masa saya kecil-kecil dulu. Kalau nak periksa tu mak jadi sibuk semacam. Kalau sarapan macam biasa tapi bila hari peperiksaan sarapan akan bertukar jadi 'luar biasa'. Kalau study malam-malam nak periksa mak pun sama berjaga malam. Begitulah kasihnya seorang ibu. Dah jadi ibu ni baru saya dapat menilai kasih seorang ibu. Sebelum ni sekadar tahu saja. Subhanallah. Patutlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Pengorbanan ibu sangat besar. Tak terbalas kita jasa seorang ibu.

Sempena hari ibu yang baru berlalu 10 mei lepas, belum terlambat rasanya saya nak mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. Kepada kakak-kakak saya, Jannah, Kak Balkis, Kak Dee selamat hari ibu. Semoga jadi ibu yang baik macam mak kita. Kepada kawan-kawan, K Gee, K Dil, K Zu, Faiz, Farid, Maiza, Angah.. dll yang tak tertulis di sini, selamat hari ibu. Jadilah ibu yang baik macam ibu-ibu anda.

"Ya ALLAH semoga Engkau memberi kesejahteraan dan kemuliaan kepada emakku. Emak yang telah membesar dan mendidik bahkan membuat segala-galanya kepadaku hingga aku jadi aku sekarang. Dialah emak yang tidak pernah kenal erti jemu melayan kerenah anak-anaknya. Sentiasa bersusah demi anak-anaknya. Sentiasa tersenyum dalam duka. Sentiasa menunjuk bahagia dalam derita. Ampunkanlah segala dosa emak dan kasihilah emak sepertimana emak telah mengasihiku sejak kecil. " Amin.

Emak, engkaulah ratu hatiku.

Sunday, May 3, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Jannah

Sebetulnya semalam lagi saya nak menulis tapi tak berkesempatan pulak. Maklumlah ada-ada saja perkara yang nak di buat. Komputer pulak terpaksa bergilir. Kalau hari-hari cuti macam ni akan di conquer oleh anak-anak sayalah sebab saya dah buat undang-undang mereka tak boleh 'usik' komputer semasa hari sekolah. Jadi hari cuti bermakna hari merekalah.

Semalam adalah hari jadi kakak saya Jannah. Dah menjadi semacam tradisi dalam adik beradik saya kalau salah seorang dari kami menempuh hari lahir, kami akan menyambutnya bersama. Semenjak dari alam persekolahan lagi sehinggalah berterusan sampai sekarang sudah beranak pinak. Kami tidak membuat majlis, sekadar 'makan-makan' kami saja. Janji ada kek dan hadiah. Kek pun biasa-biasa saja. Kek pisang ke kek batik ke, pun jadi... Kalau ada bajet lebih tu belilah kek harijadi betul. Hadiah pulak kadang-kadang sekadar penyepit rambut ke getah rambut aja. Hihi.. Tapi cukup bahagia dan seronok. Yang penting ukhwah kami bertambah.

Tapi buat masa sekarang tradisi ini diteruskan oleh kami adik-beradik yang perempuan saja. Kak Dee, Kak Balkis, Kak Jannah dan saya. Kebetulan tinggal pun berhampiran. Saya saja yang agak jauh sikit. Tapi tak susah mana untuk ke sana.

Biasanya bila nak buat 'makan-makan' tempat berhimpun kami tentulah rumah Kak Dee, kakak saya yang paling tua. Walaupun rumahnya agak 'comel' tapi entahlah.. situlah tempat paling best. Kaum bapa (suami-suami ) biasanya tak terlibat. Mereka pun sudah 'serasi' dengan tradisi kami. Lagi pun lebih mudah kami nak menjaga aurat. Ibu dengan anak-anak saja.

Tradisi ini kami teruskan lagi kepada anak-anak kami pula. Kalau tarikh hari jadi anak-anak dekat-dekat kami akan buat sekali harunglah. Kalau masing-masing sibuk kami akan cari waktu yang sesuai atau bila kami dapat berkumpul.

Begitulah indahnya...

Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAK JANNAH KU. Jangan lupa belanja okay! Tunggulah bila koi dapat ke sana. Didoakan semoga sentiasa berbahagia bersama Gabab dan ankel! Juga sentiasa hidup dalam rahmat ALLAH selalu.

Sementara tu santaplah dulu kek maya ini! Di upload khas untuk mu!




"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" -Al-'Ashr 1-3

Friday, May 1, 2009

NIKMAT DITARIK

Biasanya bila kita berada dalam nikmat kita tak sedar yang kita berada dalam nikmat itu sehinggalah bila nikmat itu ditarik.


Begitulah yang terjadi kepada saya seminggu yang lepas. Sewaktu bangun dari tidur saya rasa macam ada kelainan sikit, tapi tak tahulah apa yang lainnya. Saya biarkan sajalah. Sampai waktu sarapan... saya makan pun macam tak sedap. Tapi tengok baba (suami) dengan anak-anak makan macam best aje. Baba macam biasalah mesti bertambah punya. Ya lah air tangan masakan isteri mana nak sama masakan mamak kat gerai kan...tapi apa pasal saya ni rasa macam makan kayu je...eh macam pernah makan kayu pulak..ubi kayu tu adalah...bukan apa makan macam tak ada perasaan...


Selesai makan masing-masing buat urusan sendiri. Kebetulan hari tu cuti hujung minggu. Aktiviti bebas. Saya pun buat tugasan seperti biasa. Rutin. Tiba-tiba...si kakak, anak saya no.3 bertanya, 'eeeii mama bau apa ni?' Saya tanya bau apa? Dia tutup hidung sambil buat muka buruk dia...saya pun cuba la menghidu...eh tak da apa apa pun...tapi kakak tanya lagi. Jadi untuk puas kan hatinya saya katalah lori sampah lalu. Muadz, anak saya yang no. 2 yang masa tu ada sama terus pergi ambil pewangi piss piss piss piss... sembur...atas bawah depan belakang. Kebiasaan muadz kalau lori sampah lalu aje dia akan sembur pewangi....selagi tak suruh berhenti selagi tu lah dia menyembur. Sebab tu lah cepat saja pewangi tu habis...


Saya pun teruskan kerja macam biasa ...tapi hairan juga ya ...tak berbau wangi pulak lepas muadz sembur...kemudian saya cuba la cium apa apa yang ada. Tengah basuh kain waktu tu...saya ciumlah kain-kain kat mesin basuh... selepas puas kembang kempis hidung....masyaallah! hidung ku tak membau!


Terjawablah 'kelainan' yang saya rasa sejak bangun tidur tadi. Memang dua tiga hari sebelum tu saya kena selesema, hidung jadi tersumbat. Ya Allah...beginilah bila nikmat ditarik, hidup menjadi tak selesa. Masak makan minum mandi semua rasa tak best...masin menjadi tawar, manis menjadi payau. Semua hambar je....seminggu jugalah saya hidup tanpa deria bau...


Alhamdulillah hari ini dah pulih dah. Syukur tidak ditarik terus. Nauzubillah! Terima kasih wahai Allah yang telah memberi peringatan akan nikmatMu.


'Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering di risaukan
Nikmat yang dikecap
Barukan terasa bila hilang'