Sunday, May 3, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Jannah

Sebetulnya semalam lagi saya nak menulis tapi tak berkesempatan pulak. Maklumlah ada-ada saja perkara yang nak di buat. Komputer pulak terpaksa bergilir. Kalau hari-hari cuti macam ni akan di conquer oleh anak-anak sayalah sebab saya dah buat undang-undang mereka tak boleh 'usik' komputer semasa hari sekolah. Jadi hari cuti bermakna hari merekalah.

Semalam adalah hari jadi kakak saya Jannah. Dah menjadi semacam tradisi dalam adik beradik saya kalau salah seorang dari kami menempuh hari lahir, kami akan menyambutnya bersama. Semenjak dari alam persekolahan lagi sehinggalah berterusan sampai sekarang sudah beranak pinak. Kami tidak membuat majlis, sekadar 'makan-makan' kami saja. Janji ada kek dan hadiah. Kek pun biasa-biasa saja. Kek pisang ke kek batik ke, pun jadi... Kalau ada bajet lebih tu belilah kek harijadi betul. Hadiah pulak kadang-kadang sekadar penyepit rambut ke getah rambut aja. Hihi.. Tapi cukup bahagia dan seronok. Yang penting ukhwah kami bertambah.

Tapi buat masa sekarang tradisi ini diteruskan oleh kami adik-beradik yang perempuan saja. Kak Dee, Kak Balkis, Kak Jannah dan saya. Kebetulan tinggal pun berhampiran. Saya saja yang agak jauh sikit. Tapi tak susah mana untuk ke sana.

Biasanya bila nak buat 'makan-makan' tempat berhimpun kami tentulah rumah Kak Dee, kakak saya yang paling tua. Walaupun rumahnya agak 'comel' tapi entahlah.. situlah tempat paling best. Kaum bapa (suami-suami ) biasanya tak terlibat. Mereka pun sudah 'serasi' dengan tradisi kami. Lagi pun lebih mudah kami nak menjaga aurat. Ibu dengan anak-anak saja.

Tradisi ini kami teruskan lagi kepada anak-anak kami pula. Kalau tarikh hari jadi anak-anak dekat-dekat kami akan buat sekali harunglah. Kalau masing-masing sibuk kami akan cari waktu yang sesuai atau bila kami dapat berkumpul.

Begitulah indahnya...

Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAK JANNAH KU. Jangan lupa belanja okay! Tunggulah bila koi dapat ke sana. Didoakan semoga sentiasa berbahagia bersama Gabab dan ankel! Juga sentiasa hidup dalam rahmat ALLAH selalu.

Sementara tu santaplah dulu kek maya ini! Di upload khas untuk mu!




"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" -Al-'Ashr 1-3

No comments:

Post a Comment