Saturday, May 30, 2009

Hikmah Berblog

Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 bulan saya berblog ramai kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan dapat dihubungi semula. Kawan -kawan yang baru pun ramai muncul.

Pada mulanya saya buat blog ini sekadar suka-suka saja. Nak memanfaatkan teknologi yang ada lah katakan. Nanti ketinggalan pulak. Bukan nak tulis pasal krisis dunia ke hapa ke. Maklumlah tak pandai menulis. Lebih kepada diri sendiri je lah. Setakat berkongsi dengan adik beradik. Santai-santai. Syok sendiri...hihi..

Niat dan terfikir tu ada juga. Semoga dengan berblog ini dapat mencari semula kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru selain boleh bertukar-tukar pandangan dan cerita. Tak sangka pula begitu cepat Allah tunaikan. Subhanallah!

Saya percaya semuanya bermula selepas Kak Gee buat entri pasal kenangan terindah tu. Terima kasihlah Kak Gee dengan asbab tu kawan-kawan kita yang entah ke mana hilangnya dulu dapat dikesan kembali. Walaupun sekarang masing-masing dah jadi orang-orang hebat dan punya fikrah sendiri tapi bila berhubungan masih terasa macam dulu-dulu juga. Indahnya!

Semoga kita terus berukhwah seperti dulu-dulu. Bagi kawan-kawan yang baru semoga silaturrahim sesama kita bertambah dan boleh berkenalan lebih jauh lagi.

Didoakan juga ramai lagi kawan-kawan lama tampil untuk menghubungi. Yang penting dengan berblog ini kita sama-sama mendapat redha dan kasih sayang Ilahi!

'Kawan ketawa mudah diperoleh, kawan menangis sukar dicari'

2 comments:

  1. tq le bashah,promote nama akak...terharu rasanyer....

    ReplyDelete
  2. Ya lah bashah... sejak dah tak berapa sibuk ni rasa nak upload gambar byk2. buat kenang-kenangan. Nanti 19 Julai dah start kerja balik. tak taulah sempat tidak menjenguk blog selalu. Rasa nak jugak gi jenguk awok. Bila baliknye dari kampung?

    ReplyDelete