Sunday, November 15, 2009

Cepatnya masa berlalu


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar je kini sudah pun menghampiri bulan 12. Sudah hampir ke penghujung tahun. Cuti sekolah pun sehari dua je lagi. Rasa-rasa macam baru saja saya bersibuk-sibuk membuat persediaan untuk abang bersekolah tempohari. Maklumlah anak pertama yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Teruja tu lebihlah sikit. Tak sabar-sabar nak tengok abang mengenakan pakaian seragamnya. Hikkss...

Ingat lagi macamana kalutnya saya mencari sekolah untuk abang. Sebab saya nak sekolahkan abang ke sekolah tahfiz. Cari punya cari yang ada semuanya jauh-jauh belaka. Tak haraplah nak tinggalkan abang di asrama. Ya lah rasa-rasa di rumah pun bukannya pandai lagi nak mengurus diri.

Jadi nak tak nak terpaksalah saya daftarkan abang ke sekolah biasa saja walaupun dalam hati memang sedih sangatlah. Tahu je lah sekolah biasa...bukan tak elok tapi saya nak kan anak saya ni terdidik agamanya. Diajar dalam suasana yang membesarkan Allah dan RasulNya.

Pada masa yang sama saya dan suami tak putus asa mencari lagi sekolah untuk abang. Akhirnya bertemu juga satu sekolah walaupun agak jauh tapi 'terdekat'lah dari yang lain-lainnya (boleh 'gagah' ler...). Sekolah tersebut memang menarik hati kami (dengan kecanggihan yang ditawarkan) tapi setelah dibuat musyawarah tak sesuai pulak. Sebab saya lebih sukakan sekolah yang menyerlahkan pakaian sunnah...pelajar lelaki berjubah dan berserban manakala pelajar perempuan menutup aurat yang sempurna. Ya lah sebut pun sekolah tahfiz. Tanggapan pertama saya begitulah.

Sekarang ni saya tengok memang banyak sekolah-sekolah Tahfiz/Agama yang dibangunkan. Baguslah kan..tapi risau juga melihat situasi macam ni. Macam suatu trend pulak. Agama sekadar diperalat untuk meraih keuntungan semata-mata. Sekolah korporat gitu...susah untuk mencari yang benar-benar mengamalkan sunnah sepenuhnya.

Astaghfirullah...

Akhirnya setelah mencari lagi dan lagi Allah meletakkan abang di Sekolah Rendah Agama Intergrasi. Alhamdulillah tentu ada hikmahnya.

Saya sebenarnya tak tahu pun sekolah ni berada di kawasan berhampiran (tepi hidung jek). Sebab masa mula mencari tu fokus kepada sekolah tahfiz tak terpandanglah ke sekolah agama ...ish3. Bak kata pepatah gajah depan mata tak nampak tapi kuman....(sambung sendirilah...) Syukurlah walaupun bukan seperti sekolah yang saya impikan tapi sekurang-kurangnya abang tidak di hantar ke sekolah yang memperalatkan agama untuk kepentingan duniawi semata-mata. (harapnya lah....insyaAllah)

Alhamdulillah abang dapat mengikuti pelajaran dengan cemerlang. Setelah hampir setahun abang di situ banyak improvement dapat dilihat. Kini setahun sudah hampir berlalu. Sedar tak sedar je. Rasa macam baru je melahirkan abang. Kalau di ingat-ingat terasa lagi sakitnya..hihi..

Ya, cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar je. Bukan setakat setahun berlalu. Sedarkah kita dengan tahun-tahun yang telah berlalu? Apa yang telah kita lakukan untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama? Ohh..

'Semakin kita jauh ke depan jangan lupa pandanglah ke belakang dan muhasabahlah atas apa yang telah kita lakukan.'




Semoga abang sentiasa mengekalkan pakaian sunnahnya kelak.



5 comments:

  1. Iiskk .. betul la kan kak. Tak sedar pun masa berlalu. Anak-anak pon dah beso, rasa2 baru smalam sakit nak masuk labor room, hiksss.

    "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian .. kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh......."

    Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka2 yg rugi, Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukurla...kalau kita ada fikir risau atas agama ni...pasti Allah permudahkan jua akhirnya..mudahan next generation..kita dpt lihat anak2 kita mewarisi sifat daie daeiyah ini..INsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Ya lah ina cepat jek anak beso...esok2 dah bujang...eh...moga kita tak laro dan tertipu dgn dunia yg hanya pinjaman nih..

    Ya nim sama2 kita berdoa dan berusaha...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,,,sejuk ibu mengandung bila terlihat gambar khalifah kecil memakai serban,,alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam UMILIYA, alhamdulillah..semoga Allah memberi kekuatan untuk terus mengamalkan sunnah rasulNya.

    ReplyDelete