Sunday, November 22, 2009

Salahkah bersekolah agama?


Sempena hari akhir persekolahan Jumaat lepas, tabika anak saya Muadz, mengadakan sedikit jamuan ringkas meraikan kanak-kanak tabika. Saya turut menghadiri masjlis tersebut. Selain dapat berjumpa gurunya untuk mengucapkan terima kasih sebab dah mendidik Muadz selama setahun sempat jugalah saya beramah mesra dengan para ibu yang lain.

Sambil makan-makan tu bersembang-sembanglah kami dengan pelbagai topik tapi lebih menjurus kepada hal anak-anaklah. Biasalah ibu kalau bersembang tak da lain mesti cerita anak-anak menjadi keutamaan. Dalam pada borak-borak tu saya pun bertanyalah kepada ibu yang lain, "nak hantar anak ke sekolah mana lepas ni?" (Untuk masuk ke tahun satu pada tahun depan). Semuanya memberi jawapan ke sekolah kebangsaan. "Sek KLIA lah mana lagi," kata seorang ibu. "Awat ke situ?" Tanya saya balik. "Senang abang kakak pun dah kat situ", jawab mereka. Ohh...

"Tak nak try sekolah integrasi?" (Sekolah Rendah Agama Integrasi) Saya saja bertanya. "Susah sikit kena exam kan?" tanya ibu lain pulak. "Ha ah", saya cakap sebab memandangkan anak saya (abang) dulu memang kena menduduki ujian. Kalau peratus tak cukup tak layaklah alamatnya. Tapi rasanya tak susah manalah basic saja. Yang pasti pelajar mesti dah tahu membaca dan menulis juga tahu serba sedikit huruf al-quran. Sekurang-kurang mencuba dulu kalau betul-betul mahu... fikir saya. Tapi ya lah itu hak masing-masing.

Lagipun kalau tak ke sekolah integrasi boleh ke KAFA pada sebelah petang, sama je. Kata mereka lagi. Betul tuu. Tapi apa yang saya perhatikan pelajaran agama di sekolah integrasi lebih mendalam rasanya. Lagi pulak lebih mudah budak-budak tak perlu untuk berulang alik pagi ke sekolah kebangsaan lepas tu berkejar pulak ke sekolah agama pada sebelah petangnya sebab waktu sekolah integrasi dari jam7.30 pagi sehingga 4 petang. Pelajaran pulak dah digabungkan akademik dan agama sekali. Kan mudah tu... Mungkin juga ramai tak tau kot.. atau takut sebab title 'agama'... macam-macam persepsi lah....ntahlah...

Astaghfirullah...

Borak lagi... ada sesetengah ibu pulak pakat-pakat nak berhentikan saja anak mereka yang bersekolah agama (KAFA) waktu petang untuk tahun depan ni. Alasannya kesian kat anak teruk sangat belajar dari pagi sampai malam. (Betul3x.. cakap saya dalam hati...alhamdulillah abang tak terlibat) Pagi ke sekolah kebangsaan. Balik berkejar pulak ke sekolah agama jam 2.30 ptg sehingga jam 5.30 ptg. Sampai rumah dah jam 6 ptg. Pastu lepas maghrib hantar pulak mengaji atau tuisyen. Malam jam 9/10 malam baru balik rumah nak buat kerja sekolah pulak. Jam 10/11 malam baru selesai... esok pagi-pagi bergegas nak ke sekolah semula. Lagi risau untuk anak yang terpaksa menduduki UPSR. Mana masa nak mengulangkaji?. PSRA lagi.

Nak tak nak kenalah belajar ke sekolah agama petang diketepikan. Ada pulak yang kata dari terbarai dua-dua eloklah tumpukan satu saja. Yer...betull...betulke?

Aduh...sedih saya dengar...janganlah sampai berhentikan sekolah KAFA. Dahlah memang tak terajar di rumah. Kalau boleh ajar tu lain cerita...tapi boleh ker?? Kesian anak dididik untuk akademik semata.


Borak lagi...sesetengah pulak memberitahu tak mahu sekolah kan dahulu ke KAFA untuk anak tahun satu sebab kesian kecik lagi. Penat. Tak pa lah...biarlah dulu...kata mereka. Pada saya itu secara automatik dah menanamkan kepada anak-anak bahawa belajar agama itu tidak penting. Boleh dipilih-pilih. Ambik setakat mana yang perlu saja. Ya Allah... begitulah agama hanya dipandang sebegitu saja...tak nampak kepentingan beragama itu. Semuanya dirasakan memberatkan dan menyusahkan. Hairan juga bila boleh pulak tuisyenkan anak anak diperingkat masih kecil. Sesetengah seawal 3 tahun dah dihantar ke Kumon!

Mungkin sebab belajar ke KAFA adalah atas dasar pilihan sendiri tidak diwajibkan. Jadi macam ni lah nasibnya...pendidikan agama terus terpinggir...

Astaghfirullah...

Tak dinafikan memang betul anak-anak sekarang memang sangat terbeban dengan kehendak pendidikan sekarang. Tapi janganlah menyalahkan sebab bersekolah agama itu yang membuatkan mereka terbeban. (nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan..). Itu untuk kebaikan mereka juga. Berapa jam sangatlah mereka belajar agama berbanding dengan perkara lain yang mesti ditempuhi seharian. Cukupkah pelajaran agama yang sedikit itu dibekalkan untuk membentengi diri dari pelbagai gejala sosial sekarang?.

Atas alasan sekolah agama petang itu membebankan maka ramailah ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke situ. Yang hadir juga kadang kala tidak penuh harinya. Ikut 'dan' lah sebab tidak wajib. Sudahnya anak di berhentikan sekerat jalan bila merasa kesian kepada anak-anak.

Bagi yang memang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama bila tamat sekolah rendah lagilah merasakan tidak perlu untuk menghantar anak ke sekolah agama sebelah petang. Sudahlah membebankan anak, sijil PSRA tu pun bukan nak digunakan lainlah kalau memang nak ke sekolah agama! Ya Allah!

Sedih. Memang sedih. Masih ramai memandang agama itu bukan keperluan individu. Agama hanyalah untuk orang-orang tertentu saja.

Akhirnya majlis selesai jam 12 tgh. Saya pulang dengan hati tak berapa gembira. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan masih mahu memberi hidayah kepada kita semua.

wallahualam..

'Tanpa Agama manusia binasa'

2 comments:

  1. hehe memang ramai org beranggapan bile blaja agama nti nk keje ape? Ank sy summer dr djh 1 - 6, Sekolah Kebangsaan pd waktu pg n ptg pegi sek ren ag. Alhmdlillah, ok je.. penat memang le tp lame2 mrk ni dh biase. kalo x pegi sek ag pun bukannye rehat tp main je.

    Baru2 ni sy htr ank pompuan sy blaja alimah di SP..adik bradik sy x brape suke. Habis sy kene hentam. Nk keje ape kalo xde sijil SPM? hehe buat bodo aje. Besar ganjaran org yg blaja ilmu Allah ni kan. Kalo Allah zahirkan, mesti berebut2 org nk blaja/htr ank2 blaja.

    Moga Allah ampun dosa kite summer. Amin

    ReplyDelete
  2. Ye lah ahlia azharjaafar...w/pun kita kata sekrg dah zaman kebangkitan Islam, tp kalau kita perati betul2 masih ramai yg takut nak amal agama. Memang arus perubahan tu sedang berlaku tapi belum cukup untuk mengembalikan Islam ke keagungannya..usaha dakwah kita kena pertingkatkan lagi nih...sama2lah kita berdoa, berusaha dan terus berjuang semoga hidayah Allah tersebar ke seluruh alam. Amin ya Allah.

    ReplyDelete