Saturday, January 9, 2010

Tak 'Dan'...

Apa yang tak 'dan'..? Biasa guna istilah nih? Atau biasa dengar? Hihi... saya selalu pakai bila tak sempat nak buat sesuatu...tak 'dan'@tak sempat..

Memang banyak benda yang kadang-kadang kita tak sempat nak buatkan? Bukan tak mahu buat tapi tak sempat@tak 'dan'... tak 'dan' sebab macam-macam alasanlah yang telah terjadi. (atau dicari..?)

Sekarang dah pun masuk tahun baru...azam tahun lepas dah terlaksanakah? Atau masih tak 'dan' nak buat?

Blog saya ni pun dah 'bersawang' pasal tak dan nak updet... banyak juga cerita-cerita yang saya tulis tapi tak 'dan' nak publish, pasalnya tak 'dan' nak disiapkan. Tengah tulis anak kacau lah..idea tetiba hilang lah...ada kerja lain nak kena buatlah..macam-macam lagilah menyebabkan ke tak 'dan' nan tersebut...

Tak 'dan'...

Ingat lagi kalau dulu-dulu waktu saya masih bekerja bila lambat masuk ke opis, bila bos tanya apa pasal lambat? Tak 'dan' kejar bas la bos... kena tunggu bas lain...itu pasal lambat... masa sekolah pulak bila cikgu tanya apa pasal tak lulus periksa? Tak 'dan' ulangkaji lah cikgu... Macam-macam tak 'dan' lagilah...tak 'dan' nak online...bz plak...eh...tak 'dan' nak kemas rumah... tak 'dan' nak masak... sebab sibuk pulak bertenet? Ish...ish..ish...

Adakah tak 'dan' ni sebab kita tak merancang betul-betul? Kadang-kadang dah 'cantik' dah buat perancangan tapi tak 'dan' jugak nak buat macamana? Takdir ke? Kalau ditanya, kenapa awak tak kawen-kawen nih? Tak 'dan' nak carilah sis.. boleh ke gitu? Ke takdir yang tentukan yang si polan-polanah tu kawen lambat?

Bila saya tilik-tilik susah juga nak tentukan... sesetengah tu memang tak 'dan' sebab kecuaian sendiri. Dah memang biarkan saja...asyik buang masa saja...maka kerja jadi tak 'dan' lah... Sesetengah tu dah berusaha dah buat macam-macam nak siapkan ikut dateline tapi tak 'dan' juga...macamana?

Tak 'dan'...

Sebenarnya kita yang tentukan apa yang kita nak buat. Sekali dua kali tiga kali tak 'dan' logik juga, jangan memanjang tak 'dan'...itu dah something wrong with yourself... Kalau kerja kecik-kecik yang biasa-biasa macam tak 'dan' nak bagi kucing makan ke siram pokok ke updet blog ke... ok lagi (walaupun kesian kat kucing-kucing tuu dan pokok-pokok tuu) tapi kalau kerja 'besar-besar' projek untuk syarikat ke...tapi asyik tak 'dan'? Tertangguh jek... Tak 'dan' lamalah kerja alamatnya...mesti kena buang ke atau diberi warning ke kan kan...?

Tapi tulah kalau kerja yang dianggap kecik-kecik pun asyik tak 'dan' susahlah nak meng 'dan' kan kerja yang lebih besar sebab dah terbiasa..betul? betul ke?

Jadi untuk kita meng 'dan' kan sesuatu yang kita nak buat kita sendirilah kena disiplinkan diri. Jangan pulak bila di Mahsyar, Allah tanya apa pasal kamu tak sembahyang? Kita jawab tak 'dan' lah Ya Allah sebab sibuk sangat....haa tak 'dan' ke Syurgalah jawabnya...nauzubillah...

Jadi sama-samalah kita meng 'dan' kan diri untuk berbuat sesuatu. Rancang dan disiplin. Yang terutama yang tidak boleh tidak kita mesti untuk meng 'dan' kan diri untuk Allah dan agamaNya...

'Biarlah tak 'dan' untuk lalai sebab mengingati Allah, jangan tak 'dan' mengingati Allah sebab lalai..'

Wallahualam...


4 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    " kenapa awak tak kawen-kawen nih? " -> err.. kalau ni jawabnya bukan tak 'dan', tapi tak tahu la :D

    ye la.. moga dalam mengingat Allah kita tak beralasan kerna tak 'dan' (seram membayangkannya..)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam ina...

    bila lah mama boleh makan nasi minyak nihh...

    sama2 lah kita berdoa na moga Allah tetapkan hati2 kita agar tidak lalai dan sentiasa 'dan' utk mengingatiNya..

    ReplyDelete
  3. Kalau "takdan" buat kerja dunia allah tak marah tapi kalu "takdan" buat amal ibadat dan usaha dakwah kepada allah, binasalah kita di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  4. tuk amal agama hatta tuk sebut satu subhanaallah hanya dgn taufik dan hidayat allah.

    ReplyDelete