Saturday, December 5, 2009

Suka sardin?

Di rumah saya kalau sardin ni nak kata makanan utama tu tidaklah tapi kira makanan yang kerap juga dimasak sebab anak-anak memang suka. Nak masaknya mudah. Tak perlu nak siang- siang ikan. Masak pulak main campak-campak pun jadi. Hihi.. Selain tu boleh juga menjadi masakan 'kecemasan' bila keputusan lauk!

Selain boleh masak tumis biasa, sardin boleh juga dibuat kari. Laa tak tak pernah buat? Lepas ni boleh ler cuba try test. Sedap tau! Sardin ni memang banyak yang kita boleh buat sebab dia memang dah sedap...(pada saya dan keluarga saya...). Buatlah cara apapun insyaAllah jadi. Tak masak pun boleh makan gitu je kan...kan ke selalu orang buat sandwich tuu... (haa pastu makan sakit perut..). Haha...

Sardin juga selalu kita boleh buat inti karipap, isi pau goreng, sardin roll, sandwich dan macam-macamlah ikut suka hati kita lah nak buat apa...cicah roti ke capati ke pun sedap!

Jadi pada mereka-mereka yang suka sardin tetapi merasakan keraguan dalam nak memakan sardin tak perlu risau lagi sekarang sebab produk sardin keluaran HPA sudah ada dipasaran. Promot ler puloks ya... Tak apa promot barangan keluaran muslim, tak kita siapa lagi?

Ni rupa sardin keluaran HPA

Boleh dapatkan sardin ni di stokis-stokis dan cawangan HPA yang berhampiran. Harga untuk semenanjung Malaysia RM6.50 dan Sabah/Sarawak RM8.00 (tin besar). Mahal ke?? Haa kalau gitu boleh dapatkan dengan harga ahli cuma RM5.50 untuk Semenanjung dan RM7.00 bagi Sabah/Sarawak. Belum jadi ahli? Jadilah ahli cepat-cepat tak rugi...untung lagi ada... sebab setiap barangan yang dibeli akan mendapat nilai mata yang akan ditukar pada satu tempoh masa dengan jumlah RM. Untungkan... Pada saya kalau merasakan harganya mahal sikit tu tak apa sebab makanan ni akan membentuk hati kita. Jangan ambik mudah asalkan murah beli...salah tuu...

Diharap kawan-kawan sudi-sudilah mencuba ya. Ia sedap dan yang penting halal. Boleh tinjau ke http://hpa.com.my/ atau terus ke http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk produk lain keluaran HPA.

Wallahualam.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"




Sunday, November 22, 2009

Salahkah bersekolah agama?


Sempena hari akhir persekolahan Jumaat lepas, tabika anak saya Muadz, mengadakan sedikit jamuan ringkas meraikan kanak-kanak tabika. Saya turut menghadiri masjlis tersebut. Selain dapat berjumpa gurunya untuk mengucapkan terima kasih sebab dah mendidik Muadz selama setahun sempat jugalah saya beramah mesra dengan para ibu yang lain.

Sambil makan-makan tu bersembang-sembanglah kami dengan pelbagai topik tapi lebih menjurus kepada hal anak-anaklah. Biasalah ibu kalau bersembang tak da lain mesti cerita anak-anak menjadi keutamaan. Dalam pada borak-borak tu saya pun bertanyalah kepada ibu yang lain, "nak hantar anak ke sekolah mana lepas ni?" (Untuk masuk ke tahun satu pada tahun depan). Semuanya memberi jawapan ke sekolah kebangsaan. "Sek KLIA lah mana lagi," kata seorang ibu. "Awat ke situ?" Tanya saya balik. "Senang abang kakak pun dah kat situ", jawab mereka. Ohh...

"Tak nak try sekolah integrasi?" (Sekolah Rendah Agama Integrasi) Saya saja bertanya. "Susah sikit kena exam kan?" tanya ibu lain pulak. "Ha ah", saya cakap sebab memandangkan anak saya (abang) dulu memang kena menduduki ujian. Kalau peratus tak cukup tak layaklah alamatnya. Tapi rasanya tak susah manalah basic saja. Yang pasti pelajar mesti dah tahu membaca dan menulis juga tahu serba sedikit huruf al-quran. Sekurang-kurang mencuba dulu kalau betul-betul mahu... fikir saya. Tapi ya lah itu hak masing-masing.

Lagipun kalau tak ke sekolah integrasi boleh ke KAFA pada sebelah petang, sama je. Kata mereka lagi. Betul tuu. Tapi apa yang saya perhatikan pelajaran agama di sekolah integrasi lebih mendalam rasanya. Lagi pulak lebih mudah budak-budak tak perlu untuk berulang alik pagi ke sekolah kebangsaan lepas tu berkejar pulak ke sekolah agama pada sebelah petangnya sebab waktu sekolah integrasi dari jam7.30 pagi sehingga 4 petang. Pelajaran pulak dah digabungkan akademik dan agama sekali. Kan mudah tu... Mungkin juga ramai tak tau kot.. atau takut sebab title 'agama'... macam-macam persepsi lah....ntahlah...

Astaghfirullah...

Borak lagi... ada sesetengah ibu pulak pakat-pakat nak berhentikan saja anak mereka yang bersekolah agama (KAFA) waktu petang untuk tahun depan ni. Alasannya kesian kat anak teruk sangat belajar dari pagi sampai malam. (Betul3x.. cakap saya dalam hati...alhamdulillah abang tak terlibat) Pagi ke sekolah kebangsaan. Balik berkejar pulak ke sekolah agama jam 2.30 ptg sehingga jam 5.30 ptg. Sampai rumah dah jam 6 ptg. Pastu lepas maghrib hantar pulak mengaji atau tuisyen. Malam jam 9/10 malam baru balik rumah nak buat kerja sekolah pulak. Jam 10/11 malam baru selesai... esok pagi-pagi bergegas nak ke sekolah semula. Lagi risau untuk anak yang terpaksa menduduki UPSR. Mana masa nak mengulangkaji?. PSRA lagi.

Nak tak nak kenalah belajar ke sekolah agama petang diketepikan. Ada pulak yang kata dari terbarai dua-dua eloklah tumpukan satu saja. Yer...betull...betulke?

Aduh...sedih saya dengar...janganlah sampai berhentikan sekolah KAFA. Dahlah memang tak terajar di rumah. Kalau boleh ajar tu lain cerita...tapi boleh ker?? Kesian anak dididik untuk akademik semata.


Borak lagi...sesetengah pulak memberitahu tak mahu sekolah kan dahulu ke KAFA untuk anak tahun satu sebab kesian kecik lagi. Penat. Tak pa lah...biarlah dulu...kata mereka. Pada saya itu secara automatik dah menanamkan kepada anak-anak bahawa belajar agama itu tidak penting. Boleh dipilih-pilih. Ambik setakat mana yang perlu saja. Ya Allah... begitulah agama hanya dipandang sebegitu saja...tak nampak kepentingan beragama itu. Semuanya dirasakan memberatkan dan menyusahkan. Hairan juga bila boleh pulak tuisyenkan anak anak diperingkat masih kecil. Sesetengah seawal 3 tahun dah dihantar ke Kumon!

Mungkin sebab belajar ke KAFA adalah atas dasar pilihan sendiri tidak diwajibkan. Jadi macam ni lah nasibnya...pendidikan agama terus terpinggir...

Astaghfirullah...

Tak dinafikan memang betul anak-anak sekarang memang sangat terbeban dengan kehendak pendidikan sekarang. Tapi janganlah menyalahkan sebab bersekolah agama itu yang membuatkan mereka terbeban. (nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan..). Itu untuk kebaikan mereka juga. Berapa jam sangatlah mereka belajar agama berbanding dengan perkara lain yang mesti ditempuhi seharian. Cukupkah pelajaran agama yang sedikit itu dibekalkan untuk membentengi diri dari pelbagai gejala sosial sekarang?.

Atas alasan sekolah agama petang itu membebankan maka ramailah ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke situ. Yang hadir juga kadang kala tidak penuh harinya. Ikut 'dan' lah sebab tidak wajib. Sudahnya anak di berhentikan sekerat jalan bila merasa kesian kepada anak-anak.

Bagi yang memang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama bila tamat sekolah rendah lagilah merasakan tidak perlu untuk menghantar anak ke sekolah agama sebelah petang. Sudahlah membebankan anak, sijil PSRA tu pun bukan nak digunakan lainlah kalau memang nak ke sekolah agama! Ya Allah!

Sedih. Memang sedih. Masih ramai memandang agama itu bukan keperluan individu. Agama hanyalah untuk orang-orang tertentu saja.

Akhirnya majlis selesai jam 12 tgh. Saya pulang dengan hati tak berapa gembira. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan masih mahu memberi hidayah kepada kita semua.

wallahualam..

'Tanpa Agama manusia binasa'

Sunday, November 15, 2009

Cepatnya masa berlalu


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar je kini sudah pun menghampiri bulan 12. Sudah hampir ke penghujung tahun. Cuti sekolah pun sehari dua je lagi. Rasa-rasa macam baru saja saya bersibuk-sibuk membuat persediaan untuk abang bersekolah tempohari. Maklumlah anak pertama yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Teruja tu lebihlah sikit. Tak sabar-sabar nak tengok abang mengenakan pakaian seragamnya. Hikkss...

Ingat lagi macamana kalutnya saya mencari sekolah untuk abang. Sebab saya nak sekolahkan abang ke sekolah tahfiz. Cari punya cari yang ada semuanya jauh-jauh belaka. Tak haraplah nak tinggalkan abang di asrama. Ya lah rasa-rasa di rumah pun bukannya pandai lagi nak mengurus diri.

Jadi nak tak nak terpaksalah saya daftarkan abang ke sekolah biasa saja walaupun dalam hati memang sedih sangatlah. Tahu je lah sekolah biasa...bukan tak elok tapi saya nak kan anak saya ni terdidik agamanya. Diajar dalam suasana yang membesarkan Allah dan RasulNya.

Pada masa yang sama saya dan suami tak putus asa mencari lagi sekolah untuk abang. Akhirnya bertemu juga satu sekolah walaupun agak jauh tapi 'terdekat'lah dari yang lain-lainnya (boleh 'gagah' ler...). Sekolah tersebut memang menarik hati kami (dengan kecanggihan yang ditawarkan) tapi setelah dibuat musyawarah tak sesuai pulak. Sebab saya lebih sukakan sekolah yang menyerlahkan pakaian sunnah...pelajar lelaki berjubah dan berserban manakala pelajar perempuan menutup aurat yang sempurna. Ya lah sebut pun sekolah tahfiz. Tanggapan pertama saya begitulah.

Sekarang ni saya tengok memang banyak sekolah-sekolah Tahfiz/Agama yang dibangunkan. Baguslah kan..tapi risau juga melihat situasi macam ni. Macam suatu trend pulak. Agama sekadar diperalat untuk meraih keuntungan semata-mata. Sekolah korporat gitu...susah untuk mencari yang benar-benar mengamalkan sunnah sepenuhnya.

Astaghfirullah...

Akhirnya setelah mencari lagi dan lagi Allah meletakkan abang di Sekolah Rendah Agama Intergrasi. Alhamdulillah tentu ada hikmahnya.

Saya sebenarnya tak tahu pun sekolah ni berada di kawasan berhampiran (tepi hidung jek). Sebab masa mula mencari tu fokus kepada sekolah tahfiz tak terpandanglah ke sekolah agama ...ish3. Bak kata pepatah gajah depan mata tak nampak tapi kuman....(sambung sendirilah...) Syukurlah walaupun bukan seperti sekolah yang saya impikan tapi sekurang-kurangnya abang tidak di hantar ke sekolah yang memperalatkan agama untuk kepentingan duniawi semata-mata. (harapnya lah....insyaAllah)

Alhamdulillah abang dapat mengikuti pelajaran dengan cemerlang. Setelah hampir setahun abang di situ banyak improvement dapat dilihat. Kini setahun sudah hampir berlalu. Sedar tak sedar je. Rasa macam baru je melahirkan abang. Kalau di ingat-ingat terasa lagi sakitnya..hihi..

Ya, cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar je. Bukan setakat setahun berlalu. Sedarkah kita dengan tahun-tahun yang telah berlalu? Apa yang telah kita lakukan untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama? Ohh..

'Semakin kita jauh ke depan jangan lupa pandanglah ke belakang dan muhasabahlah atas apa yang telah kita lakukan.'




Semoga abang sentiasa mengekalkan pakaian sunnahnya kelak.



Tuesday, November 10, 2009

Cerita Kakak dengan bantal dan kakannya

Sudah 2 minggu Kakak membuat perangai asyik 'terlepas' saja. Sebelum ini Kakak memang dah pandai sangat untuk ke tandas bila nak merealisasikan hajatnya. Tapi entah apalah masalahnya (protes ke?..) 2 minggu kebelakangan ni ada saja insiden 'terlepas' baik yang 'kecik' mahupun 'besar'. Bukan sekali dua kali ..tapi banyak kali. Hishhh....sabar je lah... Maka 'berangin' sajalah saya 2 minggu nih. Bp pun kalau periksa agaknya mesti suspek darah tinggi.

Klimaksnya entah pukul berapa (dinihari) saya tersedar yang Kakak telah terkencing di tempat tidur. Kebiasaannya tak ada la pulak. Mungkin disebabkan cuaca sejuk sebab hujan sepanjang malam.

Nak tak nak kenalah saya bangun dalam keadaan kemamunan (betulke perkataan nih...malas nak tengok kamus) dan 'berangin' itu menguruskan Kakak untuk dibersihkan semuanya. Alas tidur termasuklah bantal dan kakannya terkena air kencing. Bantal dan kakan tu merupakan 'sahabat baik' kakak yang tak boleh tidak mesti ada menemani kakak sewaktu minum susu.

Mengamuk-ngamuk jugalah saya dalam hati waktu membersihkan Kakak. Mahu tidak... tengah sedap-sedap tidur. Tak cukup siang, malam pun nak buat perangai... Berkepul-kepul asap keluar dari telinga gamaknya kalau boleh nampak...hihi. Bukan tak biasa terbangun malam sebab anak meragam tapi kali ni mungkin penyebabnya dah berlarutan 2 minggu. Tu yang angin satu badan.

Astaghfirullah...

Esoknya sampai masa kakak nak minum susu maka sibuklah dia mencari bantal dan kakannya. Puaslah saya memberitahu yang kakan dan bantalnya tu saya basuh sebab dah terkena kencingnya malam tadi. Wahh apalagi mengamuk sakanlah kakak. Menangis tak berhenti-henti bagaikan histeria. Kakan...kakan...Tak reti bahasa dah nak buat macamana. Malam tadi punya angin pun belum reda... dah ditambah lagi. Aduhaiii...Kepala saya pulak macam berdengung-dengung je sebab tidur terganggu. Cakap elok-elok pun mengamuk. Betukar jadi 'naga' pun macam tu jugak. Sebelum saya yang histeria saya biar je lah.

Akhirnya Kakak diam sendiri. Tapi mogok pulak. Tak mahu makan dan minum. Tak usah pujuklah macamana. Apa bahasa cakap pun diam jek macam pasu bunga. Jenuh jugalah menyabarkan diri walaupun terlepas juga se das dua (lebih kot...). Kasihan la pulak. Ish...sabar sabar.... selalu dengar ceramah pasal sabar kan...ha ni Allah nak tengoklah tahap kesabaran tu.

Sampai jam 3 petang barulah kakannya kering. Alhamdulillah Kakak kembali seperti sedia kala. Tiada dendam atas amukan saya tadi. Subhanallah. Begitulah anak-anak ini. Patutlah layak digelar ahli syurga. Kalau kita selepas diamuk begitu rasa-rasa taubat tak nak bercakap seminggu dah. Hihi...

Bila difikir-fikir balik apalah nak 'angin' sangat sampai satu badan...? Bukan selalu pun. Setiap saat yang kita sabar tu Allah beri bonus. Berbaloikan? Lagi pulak anak-anak ni juga memberi 1001 kebahagiaan. Bila saya post mortem balik tu lah. Tapi waktu tu...hee tak boleh nak katalah...

Begitulah. Itu baru kakak punya cerita. Tak termasuk penangan abang-abangnya pulak. Bukan senang dalam mendidik anak-anak ni ya. Mesti ada kesabaran yang tinggi. Untuk bersabar perlukan keimanan yang tinggi pulak. Nak dapatkan iman dan mengekalkan keimanan tu lah yang payah...




Sahabat baik kakak. Si bantal dan si kakan. Dari mana boleh dapat nama kakan tu pun tak tahulah...


'Selalulah bersabar...belajar untuk sabar...bukan cepat hilang sabar!'


Haa sesiapa ada tips nak menyabarkan diri waktu anak mengamuk tu bagi ler kat ambo nih..


Wednesday, October 28, 2009

Sukaneka Muadz

Alhamdulillah sukaneka sekolah Muadz telah berlangsung pada 24 Oktober yang lepas. Ini adalah pengalaman kedua saya menyaksikan anak bersukan. Bila anak bersukan ni saya pulak yang lebih-lebih rasanya. Bukan apa, nak bagi semangat (ke naik semangat..? eh..). Masa si Abang dulu lagi la excited. Maklumlah anak pertama. Macam terlebih-lebih pulak. Muadz ni ada sikit terkontrol lah...hihi. Sekolah tabika anak saya ni kalau buat sukaneka akan bersekali dengan hari keluarga. Tu yang best tuu..

Bermula jam 7.30 pagi kami berkumpul di sekolah tabika dan bergerak secara konvoi ke tempat sukan. Tahun ni sukan bertempat di Agensi Nuklear Malaysia.

Saya tak pernah pun masuk ke situ. Ya lah bukan tempat awam. Jadinya terujalah sangat nak tahu apa ada kat situ. Sebut pun nuklear. Sesampai saja wahhhh tak sangka pulak macam tu rupanya... dipenuhi hutan simpan... macam FRIM aja cuma tak ada sungai. Tak tahulah kalau bahagian dalam hutan tu betul.

Nyaman saja tempatnya. Hutan kan...(selalu hutan batu) tapi nyamuk banyak la pulak. Sebaik acara belum bermula kami diingatkan yang kawasan ni 'keras' sikit jadi jangan ler memandai-mandai nak masuk ke dalam hutan tu walaupun ada jalan-jalan yang memang tersedia (cuma untuk mereka dan keluarga mereka..). Tak dibenarkan ber jarak dari tempat sukan tu je lah...hee seram ler pulak..

Tepat jam 9 pagi acara dimulakan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Para ibu bapa pulak yang semangat semacam memberi sokongan untuk anak-anak. Bagus lah tuuu...

Setiap kali acara 3 kumpulan yang akan bertanding. Maka tiadalah istilah tidak 'menang'. Semua pun akan balik membawa hadiah. Maklumlah budak-budak tadika lah katakan tak dapat hadiah nanti mengamuk pulak. haha...

Beberapa pic yang sempat diabadikan..


Tengah bersiap sedia untuk acara membawa bola ping pong dalam sudu

Bersemangat sungguh Muadz waktu ni

Acara lumba jalan itik. Acara ni lah satu-satunya kumpulan Muadz dapat tempat pertama. Oke lah tu

Ni pulak acara kasut gergasi. Kanak-kanak yang kemetot memang terdera lah memakainya.. memang gergasi sungguh! haha...



Antara hadiah-hadiah yang disediakan. Saya tak dapat pun huhuhu...walaupun masuk acara ibu


Apa dia orang nak buat nih? eh..


Kakak dan abang tak habis-habis mengadu kena gigit nyamuk


Muadz sangat bahagia bersama hadiah-hadiah yang telah dimenangi. Abang dan kakak tumpang sekaki laa

Antara lorong-lorong kecil menuju ke dalam hutan. Teringin je nak tengok kat dalam tu tapi tak dibenarkan. Masa ambil pic ni pun terasa seram semacam je...

Alhamdulillah akhirnya majlis selesai jam 12 tengahari.

Sedikit info berkenaan Agensi Nuklear Malaysia. Klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi%20Nuklear%20Malaysia

Thursday, October 15, 2009

Takbir Ultraman

Assalamualaikum warahmatullah para sahabat...

Ingat nak tulis pasal berhari raya yang lepas tapi bulan raya dah nak habis dah. Hari tu lagi nak tulis.. idea kreatif lagi canggihs manggihs tak mahu keluar. Sebab raya kali ni macam biasalah juga. Seronok tu seronok tapi macam biasalah habis raya al posong wa kedana... nak cerita pun tak best. Lagi pulak tahun ni tah macam manalah satu keping gambar pun tak tertangkap. Ish ish ish...

Jadik tak de la gambar-gambar raya nak dipamerkan hihi... Sebab biasa yang tukang 'snap' tu Kak Jannah ku... tapi kali ini dia beraya rumah mak mertua dulu. Saya dan Kak Dee saja beraya rumah mak. Adik beradik yang lain pun semua rumah mak mertua dulu (tak aci nih..) Jadi ada sikit 'kureng' meriah lah... budak-budak je lah yang memang sentiasa meriah wa seronok... Bila teringat nak bergambar tu tahu-tahu jelah...anak-anak saya ni bagaikan molekul-molekul yang sentiasa aktif... tak de ke 'dan'nya nak men'snap' lagi pulak bila saya sibuk menyiapkan itu ini untuk raya kan....eh..

Sebenarnya saya nak berkongsi klip video ni cubalah dengar... moga ada manfaatnya dari baca cerita raya saya yang tah hapa-hapa ...

oke jom dengor..


Macamana? Bagaimanakah takbir kita? Ultramankah, Batmankah, Cicakman or...? Marilah kita ikut yang diajarkan Rasulullah. Jangan buat yang pelik-pelik..

Oke. Wallahualam..

Saturday, September 5, 2009

Bersabarlah sayang..

Dialog di bulan puasa

Hari per-1 puasa

(pukul 1 tgh)
Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom..tunggu azan Maghrib
(pukul 4 ptg)
Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom...kejap lagi..
Muadz: Nape lambat sangat nih...
Mama: Sabar...kalau tunggu memang rasa lambat..
Muadz: Dah lapar sangat..hauss...
Mama: Puasa memang macam ni...sabarlah tak lama dah...

Hari ke 2

Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom... kan kena tunggu azan Maghrib
Muadz: Kalau posa mama bagi sesuatu?
Mama: Allah yang akan bagi...
Muadz: Kete kontol? (kereta kontrol)
Mama: Hmm ??

Hari ke 3

Muadz: Ma lapar...
Mama: Sabar memang puasa lapar...
Muadz: Dah tak tahan
Mama: Tahan sikit lagi
Muadz: Minum sikit boleh? Nanti sambung balik..
Mama: hmmm..

Hari berikutnya

Muadz: Ma haus sangat
Mama: Memanglah puasa...nanti Allah bagi ganjaran...
Muadz: Dapat kete kontol..?
Mama: ...
Muadz: Alaa...
Mama: Allah suka orang yang sabar..

Muadz: Ma dah azan
Mama: Blom tu bukan azan Maghrib
Muadz: Dah nak mati ni...tak tahan dah..
Mama: Siannyer...sabar laa...

Muadz: Ma saya tanak lah kete kontol...
Mama: Aik??
Muadz: Saya tanak dah posa..tak larat dah...
Mama: Laa... tu la posa bukan sebab nak kereta kontrol...puasakan sebab Allah suruh...
Muadz: Sayakan kecik lagi...
Mama: Dah 5 tahun dah..kenalah belajar...nanti dah beso senang...
Muadz: Tak pe lah...tunggu saya 6 tahun lah..
Mama: Ye lah tuu...

Alhamdulillah Muadz berjaya juga berpuasa sehingga hari ini hari yang ke 14, walaupun ada masanya terpaksa diberi sedikit air waktu tengahari...tapi dia sanggup menyambung semula puasa sehingga waktu berbuka. Semoga Muadz berjaya meneruskan puasa sehingga sebulan Ramadhan. Semoga anak mama ini menjadi anak yang soleh. Anak yang kuat jiwanya dalam menempuh dugaan hidup...


Muadz tertidur keletihan menunggu waktu berbuka


'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat..

Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Didoakan semuanya sihat ceria selalu dalam situasi hebat dan luar biasa bagus sekali juga sentiasa bermotivasi dalam menempuh bulan Ramadhan ini.

Bersama-samalah kita merebut peluang yang Allah limpahkan sepanjang bulan yang penuh berkat ini. Semoga Ramadhan ini dapat membersihkan dan menyucikan hati kita dari segala sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah.


RAMADHAN BULAN MULIA


bulan Ramadhan bulan yang mulia

bulan rahmat dan bulan berkat

bulan kebajikan pahala berganda

bulan keampunan doa diterima


bulan Ramadhan Quran diturunkan

untuk panduan hidup manusia

di dalamnya ada Lailatulqadar

kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan


bulan Ramadhan pintu neraka ditutup

mereka yang diazab kubur direhatkan

iblis dan syaitan kakinya dirantai

sebagai memuliakan bulan Ramadhan


berlumba-lumbalah mencari keredhaan

puasa disiangnya menghidupkan malam

banyakkanlah doa lebihkan sedekah

kawallah diri daripada dosa-dosa


beriktikaflah disepuluh akhir Ramadhan

jika ada peluang masa pun ada

kerana ia sunat yang digalakkan

Rasulullah tidak pernah meninggalkan


Ramadhan..Ramadhan...bulan rahmat...


Nada murni

Friday, August 14, 2009

Bahaya Lampin Pakai Buang


Assalamualaikum waramatullah sahabat-sahabat..

Haa jangan tak tahu lampin pakai buang atau orang putih kabo disposable diaper (diaper) tu sebenornya bahaya. Saya baru je tahu. Ni nak bagi tahulah pada sesiapa yang belum tahu. Pada yang dah tahu tu...apa pasal tak bagi tahu??

Sebelum ni pernah juga saya dengar yang diaper ni tak lupus selepas dibuang sehingga 5 tahun dan sesetenghnya melebihi tempoh 5 tahun. Tapi macam tak ambik action sangat...(teruk betul) sebab pada fikiran saya pakainya berbaloi...aduhh...

Jadi sesiapa yang sependapat tu moh baca artikel di bawah ni dan ambiklah action...jangan biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...eh...(boleh pakai ke peribahasa ni..??)

Artikel berkenaan bahaya diaper yang saya copy and paste (penat ler nak taip puloks..)

Sila baca..

The Real Dangers of Disposable Nappies

We all know that modern disposable nappies are produced using valuable resources such as petroleum based plastics, and wood pulp, as well as adhesives and a host of chemical products- and we all know this is harmful to the environment. But as parents, it is also our duty to carefully evaluate these chemicals and assess their potential consequences when using them on our infants.

Taken from the a large disposable nappy manufacturers website, they list some of the components that make up their nappies:

‘The inside absorbent padding on our nappies is made of wood cellulose fibre, a fluffy paper-like material, and a super-absorbent material called polyacrylate. Other materials used include polypropylene, polyester, and polyethylene. These are all synthetic materials designed to enhance the fit of the nappy and the help stop leaks. The elastic strands in all our nappies are made of synthetic rubber to provide a snug but gentle fit for baby. In addition, our nappies feature an all-over breathable outer cover”

This ‘list’ is described in a promotional manner, however these synthetic substances and plastic ingredients are hardly reassuring when you take a closer look….

Sodium Polyacrylate- Ever noticed little gel balls on your babies bottom after wearing a disposable nappy? Welcome to Sodium Polyacrylate - A Super Absorbent Polymer that turns urine into gel and can absorb 100 times its weight in liquid. This is a substance which was banned from use in tampons in 1985 due to its link with Toxic Shock Syndrome. Employees in factories producing Polyacrylate suffer from female organ damage, fatigue and weight loss. No long term studies have been conducted to assess the risks of 24/7 exposure to this compound on a babies vulnerable genitals.

Due to its extreme absorbency, this chemical has been found to draw moisture from the skin, causing severe nappy rash and bleeding of perineal and scrotal tissue. Sodium Polyacrylate is also lethal to cats when inhaled.

Dioxin- The most toxic of all cancer-linked chemicals, and a by-product of the paper bleaching process. Dioxin has been known to cause birth defects, skin disease and liver damage.

TBT (Tribulytin)- This substance was found in Pampers® Ultra Dry nappies in May 2000. TBT is one of the most toxic substances ever produced, it damages the immune system and impairs the hormonal system. There is also speculation of a link with male sterility.

Xylene, Ethylbenzene, Styrene & Ispropylene - These are some of the chemicals which were reported to be released from disposable nappies in a study published in the Archives of Environmental Health (1999). Anderson Laboratories exposed lab mice to various brands of disposable nappies and found them to suffer from asthma like symptoms, including bronchoconstriction and eye, nose and throat irritation as a direct result. Xylene and Ethylbenzene are suspected endocrine, neuro and respiratory toxins; Styrene is a suspected carcinogen and respiratory toxin; Ispropylene is a suspected neurotoxin.

Male Infertility- In 2000, a scientifc study was conducted at Kiel University in Germany which indicated that the widespread use of disposable nappies, which heat the testes above body temperature, is a significant factor in the declining fertility rates in Western European males.

Nappy Rash- Reported instances of nappy rash rose from 7.1% to a whopping 61% with the increased use of disposable nappies according to a review of Proctor and Gambles own studies (The Landbank Consultancy Limited, 1991). How very handy for Nappy Rash Cream manufacturers!

So, we can see that the petroleum based plastic and wood pulp compounds of the disposable nappy are harmful enough to us and our world, but adding chemicals such as Sodium Polycrylate and Dioxin into the mix, as well as allergy causing irritants like fragrances and deodorants, we could potientally have serious problems.

There has currently been no where near enough studies assessing the long term risks of the modern disposable nappy- especially because they are ever changing, and always being ‘added to’- so really, is it worth taking that risk?

Article taken from http://www.babies-nappies.co.uk/

Dah baca? Macamana? Masih nak meneruskan memakaikan anak-anak kita dengan diaper tu yang jelas terang lagi bersuluh tentang kemerbahayaannya? Oke moh kita sama-sama bertukar...

Alhamdulillah saya dah cuba beralih sejak 3 bulan lalu walaupun tidak sepenuhnya lagilah. (Insyaallah lepas ni). Siang-siang dah pakai lampin kain malam je masih kekalkan dengan diaper. Yang ketara memang jimat dari segi kos. Yang tak berapa ketara bilik air tak lagi berbau diapers...hiks (ye lah kan kadang-kadang tak dan nak buang terus...) Mula-mula memang rasa sedikit lecehlah guna lampin kain (walaupun fesyen baru punya) tapi bila minda kita sudah menerimanya...insyaAllah tak ada apa yang boleh menyusahkan.

Lagi site-site mengenai bahaya lampin pakai buang;

http://www.awchamburg.org/AWCH_GettingSettled/AWCH_Child_Family/AWCH_Diapers.html


Habis tu kena pakai kain lampin macam zaman dulu-dulu ke? Jangan risau teknologi dah canggih. Nak tahu lebih lanjut tentang lampin kain zaman moden? Klik di bawah untuk lebih gambaran;


Yang ni pulak Malaysia punya.


wallahualam.
'Perubahan itu perlu dalam hidup walaupun kadangkala sukar. Setiap yang baik dan mendatangkan kebaikan perlulah diusahakan. Yang utama buatlah kerana Allah.'

Tuesday, August 11, 2009

Sedap Buat 'Cholek'

Sedap buat cholek? Hehe Cholek? Mungkin ada yang tak biasa dengan perkataan ni. Buat cicah...Saya panggil (gelor) cholek. Bahasa kampung sayalah... dah turun temurun kome (kami) adik beradik gelor cholek. You all panggil apa pulak? Apa yang boleh dibuat cholek? Apa apalah buah yang muda (yang dah masak pun boleh) yang masih kelat lagi tuh especially mangga... cicah dengan kicap dan gula juga 'digesekkan' dengan cili api...pheww terangkat... (tak jejak bumi kejap..)

Sebenarnya kat taman saya ni musim buah mangga. Semua rumah yang tanam mangga berbuah sakan. Menjadi-jadi pulak. Tak tahulah luar taman ni..hihi... Di laman tepi rumah saya ni pun menjadi-jadi berbuahnya. Bukan saya yang tanam pun, tuan rumah yang tanam. Terima kasihlah tuan rumah.

Dikhabarkan sebelum ni tak pernah berbuah lebat macam ni setakat 3,4 biji je. Saya baru je pindah sini, sebelum ni budak-budak bujang menyewa, gamaknya buah pun segan nak keluar kot hehe... semua nya rahmat Allah belaka.

Kebetulan juga gamaknya sebab saya borak-borak dengan pokok tu. Ada dengar orang kata kita kena selalu bercakap-cakap dengan pokok atau bunga-bunga yang kita tanam...betullah dia kan makhluk Allah juga... haa sesiapa yang ada pokok-pokok dan tanaman tu selalulah berborak-borak dengan mereka insyaAllah ia mendatangkan kebaikan.

Oke lah, terasa nak gi makan cholek la puloks. Hiks..

p/s: Sesiapa yang rasa-rasa teringin tu mari ler... Satu lagi yang saya baru dapat tahu (pengalaman nih) makan mangga muda ni boleh membanyakkan susu.. bolehlah cuba try test bagi ibu-ibu yang menyusukan anak tu... kalau tak jadi tuu jangan ler maree... setiap yang berlaku dengan izin Allah juga. Bak kata pepatah lain padang lain belalang..eh.. wallahualam.

Ni lah rupa cholek tuu..

Firman Allah;

"Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhlukNya. Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Surah ArRahman ayat 10-13

Monday, August 3, 2009

Puasa pun belum dah sibuk raya

Petang tadi saya sempat ke Maidin Nilai. Cari keperluan rumahlah macam biasa. Yaa ampunn...jualan untuk hari raya dah pun bermula. Dari kain baju sampailah pinggan mangkuk, langsir, lampu lip lap, pelita dan berbagai-bagai lagilah keperluan menyambut raya. Hee..

Puasa pun belum lagi. Tempat lain pun sama juga rasanya. Beginilah setiap tahun. Nak menyambut puasa tak pernah dihighlightkan... semuanya kemeriahan untuk menyambut raya saja. Sampai terlupa kita kemeriahan menyambut Ramadhan. Rejab dan Syaaban lagilah...(huhu..)

Nasiblah tak dipasang lagu raya lagi. Tunggu 1 Ramadhan lah tu. Biasa gitu lah kan. Hari pertama puasa je bermulalah episod lagu-lagu raya di mana-mana. Betul tak?

Tak salah jugalah kalau kita nak buat persediaan awal menyambut raya tu...bajet.. nanti masa puasa tak kecoh-kecoh nak ganggu beli barang raya kan...boleh 'khusyuk' beribadat saja...(iyer ker..?) Tapi janganlah sampai kita sama tak menghormati bulan Ramadhan seperti yang dimainkan oleh peniaga-peniaga ni. Berlebih-lebih pulak buat persediaan raya sampai tak rasa kebesaran puasa melainkan kebesaran nak beraya saja.

Semoga kita sama-samalah menyediakan diri dan hati menyambut Ramadhan yang bakal tiba.


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Di dalamnya ada lailatul qadar
Kebaikan di buat lebih dari seribu bulan

Bulan Ramadhan pintu neraka ditutup
Mereka yang diazab kubur dibebaskan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan

Nada Murni

Tuesday, July 28, 2009

Gambar-gambar ijtima'

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat.. harap nya tidak terlambat lagilah entri kali ini. Kalau rasa-rasa dah sejuk tu kira warm up balik lah..

Bukan tak mahu buat cepat tapi al-maklumlah very the beezee manjang... ate pulak kekadang idea tak nak datang. Camno nak nulih. Ada idea maso lak tak do. 'Bersilat' ngan anak-anak. Ado idea dan maso komputer lak kono guno. (Adehh yang den cakap nogori ni apesal lah pulak nih...ni Mas nya pasai lah ni...hiks...) Bila dah ada idea ada masa komputer pun free dah..aleh-aleh keyboard lah pulak buat hal. (dah crite dah dalam entri lepas..hihi..) ate camner...hiks.. eh membebel ni buat hapa.. jom layannn...

Gambo-gambo je lah yek nak cerita tak reti...sebab hubby yang pegi. Sekurang-kurangnya mendapat gambaran pada sahabat-sahabat yang nak tahu tu dan yang tak pegi. Ya lah tak semua tahu pasal tabligh ni kan..apa di buat waktu ijtima' tu ...

Walaupun tak digalakkan mengambil gambar sebab bukan itu sebab berijtima' tapi diharap gambar-gambar ini sedikit sebanyak memberi info lah. Bukankah gambar boleh menceritakan sebahagian cerita...? Kalau sahabat-sahabat nak tahu lebih lanjut karkuzari (laporan) boleh le tinjau ke http://gotabligh.com/ atau lagi gambar-gambar ke http://muara100.blogspot.com/

Oke moh tengok ...



Alhamdulillah PM sempat juga berkunjung walau seketika

VVIP juga turut hadir memeriahkan suasana

Jemaah sedang khusyuk bersolat




Mendengar bayan




Berwudhuk lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sewaktu ini juga diberitakan mereka diuji dengan kehabisan air. Tapi dengan izin Allah semuanya dapat diatasi.




SYABAS penyumbang air utama semasa ijtima' selain bomba

Bergilir mengambil wudhuk




Bergerak ke Masjid Kuarters KLIA untuk solat Jumaat


Sedang menunggu waktu solat



Sejurus selesai solat jumaat






Khemah tambahan jemaah Bangladesh (ramai diaorang ni sampai kena tambah khemah.. subhanallah!)


Sebahagian jemaah khidmat shuttle menunggu untuk perkhidmatan seterusnya di masjid KLIA
(terpaksa menunggu di luar kawasan ijtima' untuk elakkan 'melekat' di dalam, langsung tidak boleh membawa jemaah keluar masuk)




Suasana malam hari


Sewaktu tiada program

Jalan-jalan cari makan



Warung-warung sentiasa sesak



tu dia dulang... ni untuk serve jemaah makan...satu dulang rm10 boleh di makan untuk 5 orang
(makan untuk jemaah Malaysia kenalah bayar sendiri tetapi untuk jemaah foreign makanan memang disediakan percuma sebagai menghormati jemaah tetamu)

attar datang dari kemboja


Selepas ijtima' berakhir...kelihatan jemaah berpusu-pusu untuk pulang. Insyaallah masing-masing telah mendapat sesuatu sepanjang mengikuti ijtima'.
Ambillah kebaikan di dalamnya. Jangan jadikan perkara-perkara remeh yang ditemui sebagai penghalang untuk meneruskan usaha yang mulia ini.
Diharap peluang dan ruang yang telah Allah izinkan untuk berijtima' kali ini telah memberi kekuatan agar lebih 'mantop' lagi untuk meneruskan usaha memperjuangkan sunnah Rasul ini.

wallahualam.

Sunday, July 26, 2009

Apa khabar...

ditulis sebaik saja dapat keyboard baru

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat...

Lama tidak dapat mengupdate blog.. selain memang sentiasa beezee seorang SAHM.. seminggu lepas keyboard saya pulak 'demam'... istilah lain dah cukup hukum lah tuh... kejap ok kejap tak ok...last-last 2 hari lepas 'kong' terus...(tergendala misi nak buat entri baru) jadiknya sekadar boleh surfing2 ajelah tak boleh nak menaip apa pun. Sib baik lah si tikus okey... (mouse ler). Boleh gak lah merayau-rayau...tapi ikut jelah jejak yang dah ada...masuk dan masuk dan masuk...he he he...

Dalam merayau rayau tu terjumpalah klip2 video kat bawah nih...sekadar berkongsi..


mmm...gerammnyer...

anak sapa ni haaa....


Pastu pulak tak sangka terjumpa lah yang ni... ish ish ish.. kelakar bukan? Bukan? Apa pendapatan anda? (tak cukuuppppp) tu ler... solat sanggup dipermain-mainkan... ni lah dunia akhir zaman... astaghfirullah... kalau nak buat lawak pun benda lain tak boleh ker?? Patutlah Islam dihina kalau dah kita sendiri tak menjaganya. Sama-samalah kita membantu usaha atas iman agar hidayat Allah tersebar seluruh alam...amin.

Kepada sahabat yang buzz saya kat ym tu sori ler asyik balas ngan icon2 aje...

Wednesday, July 15, 2009

Seribu wajah satu aqidah



Alhamdulillah dengan rahmat Allah taala Ijtima' Malaysia telah dapat berlangsung dan berakhir dengan jayanya.

Sehubungan itu juga meluas berita mengenai ijtima' di mana-mana. Dengan kehadiran ratusan ribu orang malah Perdana Menteri yang sanggup 'turun padang' serta orang-orang kenamaan lainnya tentulah ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Cuma janganlah kita terlalu gembira dan leka dengan gahnya bilangan yang hadir itu. Bukan fokus kita kepada kehadiran yang ramai tetapi apakah perubahan yang kita boleh lakukan selepas ijtima' tersebut.

Kejayaan adalah hak mutlak Allah taala. Kita hambanya hanya mengusahakan saja. Allah Maha Kuasa manusia tiada apa.

wallahualam.

Wednesday, July 1, 2009

Lembutnya hati mereka...

Semenjak dua menjak ni ralit pulak saya melayari blog-blog di internet sampai tak sempat nak mengupdate blog sendiri. Macam-macam yang saya jumpa canggihs manggihs semuanya. Dalam pada saya berblogging blogging tu terjumpa saya satu blog yang memuatkan gambar-gambar yang sungguh menyentuh perasaan. (Video pun ada tapi tak tau macamana nak ambik) Jadi saya ambil gambar-gambar tu (dah mintak izin tau!) untuk di kongsi bersama agar kita mendapat sesuatu selepas melihatnya.


Subhanallah! Anak-anak kecil ini menangis sewaktu berdoa mohon keampunan daripada Allah..

Bersungguh-sungguh mereka..

Sedangkan mereka ini tidak berdosa...

Bagaimanakah kita?



Semoga kita ambil iktibar dengan gambar-gambar ini. Ini bukan lakonan. Ini adalah tangisan keinsafan lahir dari hati anak-anak yang bersih. Kita bagaimana? (saya lah tuuu) Adakah hati-hati kita masih sekeras batu? Tak rasa apa apa pun. Tengok filem boleh pulak menangis kan...Ya Allah! Sekurang-kurangnya kalau pun kita tidak boleh menangis dalam mengenangkan dosa...menangislah kita sebab hati ini terlalu keras...


Gambar-gambar ini saya ambil dari blog http://al-ansoriyy.blogspot.com. Anak-anak adalah merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al_Quran Dan Hadith Al-Ansori. Semasa gambar di ambil anak-anak sedang mengikuti program motivasi anjuran maahad berkenaan.