Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat..

Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Didoakan semuanya sihat ceria selalu dalam situasi hebat dan luar biasa bagus sekali juga sentiasa bermotivasi dalam menempuh bulan Ramadhan ini.

Bersama-samalah kita merebut peluang yang Allah limpahkan sepanjang bulan yang penuh berkat ini. Semoga Ramadhan ini dapat membersihkan dan menyucikan hati kita dari segala sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah.


RAMADHAN BULAN MULIA


bulan Ramadhan bulan yang mulia

bulan rahmat dan bulan berkat

bulan kebajikan pahala berganda

bulan keampunan doa diterima


bulan Ramadhan Quran diturunkan

untuk panduan hidup manusia

di dalamnya ada Lailatulqadar

kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan


bulan Ramadhan pintu neraka ditutup

mereka yang diazab kubur direhatkan

iblis dan syaitan kakinya dirantai

sebagai memuliakan bulan Ramadhan


berlumba-lumbalah mencari keredhaan

puasa disiangnya menghidupkan malam

banyakkanlah doa lebihkan sedekah

kawallah diri daripada dosa-dosa


beriktikaflah disepuluh akhir Ramadhan

jika ada peluang masa pun ada

kerana ia sunat yang digalakkan

Rasulullah tidak pernah meninggalkan


Ramadhan..Ramadhan...bulan rahmat...


Nada murni

2 comments:

  1. Marilah kita sama2 memburu ganjaran yg dijanji Allah swt di bulan yg penuh rahmah & berkah ini, Insya-Allah :D

    ReplyDelete
  2. wa'alaykumsalam warohmatullahi wabarokaatuh

    Moga kita dapatkan berkah dari bulan Ramadhan ini.. insya Allah..

    Selamat menyambut bulan Ramadhan, mama ~

    (nak pulang kampung ya? bawa oleh2 untuk anak mama ni ya..hehe :D )

    * ina dan keluarga *

    ReplyDelete