Tuesday, November 10, 2009

Cerita Kakak dengan bantal dan kakannya

Sudah 2 minggu Kakak membuat perangai asyik 'terlepas' saja. Sebelum ini Kakak memang dah pandai sangat untuk ke tandas bila nak merealisasikan hajatnya. Tapi entah apalah masalahnya (protes ke?..) 2 minggu kebelakangan ni ada saja insiden 'terlepas' baik yang 'kecik' mahupun 'besar'. Bukan sekali dua kali ..tapi banyak kali. Hishhh....sabar je lah... Maka 'berangin' sajalah saya 2 minggu nih. Bp pun kalau periksa agaknya mesti suspek darah tinggi.

Klimaksnya entah pukul berapa (dinihari) saya tersedar yang Kakak telah terkencing di tempat tidur. Kebiasaannya tak ada la pulak. Mungkin disebabkan cuaca sejuk sebab hujan sepanjang malam.

Nak tak nak kenalah saya bangun dalam keadaan kemamunan (betulke perkataan nih...malas nak tengok kamus) dan 'berangin' itu menguruskan Kakak untuk dibersihkan semuanya. Alas tidur termasuklah bantal dan kakannya terkena air kencing. Bantal dan kakan tu merupakan 'sahabat baik' kakak yang tak boleh tidak mesti ada menemani kakak sewaktu minum susu.

Mengamuk-ngamuk jugalah saya dalam hati waktu membersihkan Kakak. Mahu tidak... tengah sedap-sedap tidur. Tak cukup siang, malam pun nak buat perangai... Berkepul-kepul asap keluar dari telinga gamaknya kalau boleh nampak...hihi. Bukan tak biasa terbangun malam sebab anak meragam tapi kali ni mungkin penyebabnya dah berlarutan 2 minggu. Tu yang angin satu badan.

Astaghfirullah...

Esoknya sampai masa kakak nak minum susu maka sibuklah dia mencari bantal dan kakannya. Puaslah saya memberitahu yang kakan dan bantalnya tu saya basuh sebab dah terkena kencingnya malam tadi. Wahh apalagi mengamuk sakanlah kakak. Menangis tak berhenti-henti bagaikan histeria. Kakan...kakan...Tak reti bahasa dah nak buat macamana. Malam tadi punya angin pun belum reda... dah ditambah lagi. Aduhaiii...Kepala saya pulak macam berdengung-dengung je sebab tidur terganggu. Cakap elok-elok pun mengamuk. Betukar jadi 'naga' pun macam tu jugak. Sebelum saya yang histeria saya biar je lah.

Akhirnya Kakak diam sendiri. Tapi mogok pulak. Tak mahu makan dan minum. Tak usah pujuklah macamana. Apa bahasa cakap pun diam jek macam pasu bunga. Jenuh jugalah menyabarkan diri walaupun terlepas juga se das dua (lebih kot...). Kasihan la pulak. Ish...sabar sabar.... selalu dengar ceramah pasal sabar kan...ha ni Allah nak tengoklah tahap kesabaran tu.

Sampai jam 3 petang barulah kakannya kering. Alhamdulillah Kakak kembali seperti sedia kala. Tiada dendam atas amukan saya tadi. Subhanallah. Begitulah anak-anak ini. Patutlah layak digelar ahli syurga. Kalau kita selepas diamuk begitu rasa-rasa taubat tak nak bercakap seminggu dah. Hihi...

Bila difikir-fikir balik apalah nak 'angin' sangat sampai satu badan...? Bukan selalu pun. Setiap saat yang kita sabar tu Allah beri bonus. Berbaloikan? Lagi pulak anak-anak ni juga memberi 1001 kebahagiaan. Bila saya post mortem balik tu lah. Tapi waktu tu...hee tak boleh nak katalah...

Begitulah. Itu baru kakak punya cerita. Tak termasuk penangan abang-abangnya pulak. Bukan senang dalam mendidik anak-anak ni ya. Mesti ada kesabaran yang tinggi. Untuk bersabar perlukan keimanan yang tinggi pulak. Nak dapatkan iman dan mengekalkan keimanan tu lah yang payah...




Sahabat baik kakak. Si bantal dan si kakan. Dari mana boleh dapat nama kakan tu pun tak tahulah...


'Selalulah bersabar...belajar untuk sabar...bukan cepat hilang sabar!'


Haa sesiapa ada tips nak menyabarkan diri waktu anak mengamuk tu bagi ler kat ambo nih..


4 comments:

  1. Asslammualaikum wrt wbt ....

    Kak.. iiskkk, kita serupaaa, kita serupaaa. Kengkadang bila hangin tu dah datang, memang le tahap kesabaran tu tipis. Silap2 buleh bertukar jadik incridible hulk.. huhuhuhu.

    Tapi bila hati dah sejuk kang, nyesal pulak .. marah, pukul anak. Dah le masa nak beranak sakitnya, MasyaAllah ... bila dah dapat, nak pukul bantai plak kan ... iiskk, astaghfirullah. *Sedih ni*

    ReplyDelete
  2. salam..a'ahla kak..normalla nak marah2 n hilang sabar ni...tulakan,jd ibu ni..memang la kena byk2 sabar..tapi marah tu sementara je..lepastu x ingat dah apa yg anak2 buat...

    tapi,klu buat perangai semula,dtgle hot temper kita balik...apapun kena byk muhasabah diri dan sitighfar..mudahan Allah ampunkan kelemahan dan kekurangan kita ni..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. heheh..darah mude..dulu akak pun same lah. Hangin satu badan, tp bile umur dh meningkat, insyaAllah tahap kesabaran pun ade lebih sikit..hehe. Tipnye..byk ingat ganjaran yg Allah bg atas setiap kesusahan yg dialami n meyakini setiap ape yg berlaku telah ditakdirkan Allah. Terime dgn redho.

    ReplyDelete
  4. hehehe...ha ah tu ahliahnizam kengkadang bkn takat incredible hulk... bapak segala hulk pun boleh jadi...ish3..tak nonoh betuii... semoga lps ni kita lebih penyabar...

    betul karkunah.. tapi nak praktik tu ler yang payahnya...semoga Allah bantu mudahkan segalanya..

    Darah mude ya...terima kasih ahlia jaafar dgn tips nya...moga sy lebih kuat dan redho...eh bkn kita sama2 'mude' ker...hihi..

    ReplyDelete