Showing posts with label anakku sayang. Show all posts
Showing posts with label anakku sayang. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Terima kasih sayang

Ohh sejuknya hati bahagianya jiwa...itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan... wahhh pasal apa pulak ni yer... hihihi saja nak stori mori... walaupun dah lama berlalu tapi masih segar diingatan dan buatkan saya senyum sendirian bila terkenangkannya... ceewahhh..

Sebenarnya saya tak sangka anak-anak buat kejutan diharijadi saya yang lepas...biasalah juga terima2 hadiah harijadi ni kan... tapi bila datangnya daripada anak-anak, memang lainlah rasanya...bangga jugalah kiranya..nampak mereka dah pandai nak menghargai gitu. Kira first timelah ni dapat daripada anak-anak, tu yang terexcited lebih tuu..nak rakam kat sini...hihi

Suatu hari tu abang balik dari sekolah senyum-senyum je... pastu cakap, "mama...saya ada 'sesuatu' untuk mama...pejam mata dulu..." eh budak ni...selalu saya yang buat kat dia macam tu. Anak2 saya memang suka dengan kejutan...hari2 kalau boleh nak kena ada 'sesuatu'...tak kiralah apapun (walaupun sebiji gula-gula) jadi dah terbiasalah kalau hari tuu ada sesuatu saya akan kata..."haa hari ni mama ada 'sesuatu'...tutup mata dulu..." tapi biasalah kalau dia orang nak tu kenalah dah berbuat 'sesuatu' kebaikan juga...hihi strategi...

Saya pun tutuplah mata...bila buka tuuu...ohh tidakkkkkkk.... abang hadiahkan saya gelang tangan...cantik je dalam bungkusan plastik....oraitlah tuu...cepat2 abang suruh buka dan pakai. Al malang wa sadisnya... tak padannnnnnn...hiks...alamakk... kesian pulak tengok abang sedikit kecewa...tak pe lah bang yang penting abang bagi ni pun mama dah suka sangat....! Rupanya abang beli daripada kawan sekelas dia...saiz budak-budaklah... wahh budak sekarang ni pandai berniaga pulak kat sekolah...usahawan kecil...bagus...baguss...

Muadz bila tengok abang bagi saya hadiah dia pun nak bagi juga...jelouslah tuu.. tak sangka pulak dia boleh buat kad untuk saya.

Tiba-tiba je...mama, nah...(dengan malu2 kucing pulak...heheh..) wahhh terkejut badaklah saya...buat2 terkejut ler...sebelum tu dah tahu dah dia nak bagi sebab sibuk je cari kertas dan gunting...

Anak-anak ni bila kita buat2 terperanjat tu kan dia orang suka tambah pulak dengan pujian bagaikan Gunung Everest, lagilah...hihi...strategi...

Kakak pun saya tengok sibuk menconteng juga di kertas... siap saja dia pun bagi...nah mama ni untuk mama... wahhh alhamdulillah walaupun masih belum tahu menulis betul tapi kakak juga tahu untuk memberi saya sesuatu sebagai hadiah harijadi untuk mamanya.

Terima kasih anak-anak mama...terima kasih sayang...sesungguhnya mama bangga dengan kalian. Walaupun hadiahnya mungkin tidak seberapa pada orang lain tapi bagi mama ia cukup bermakna. Mama berdoa agar anak-anak mama menjadi anak-anak yang soleh yang tahu tanggujawabnya sebagai seorang hamba kepada Tuhannya...

'Memberi itu lebih baik daripada menerima'

Hadiah daripada abang...dek ketidakpadanan maka kakaklah yang empunya..

Kad hasil buatan Muadz..terharulah puloks...

Ini kakak punya..oraitlah tuu...

Wallahualam..

Tuesday, March 2, 2010

Naik Keretapi

Assalamualaikum wrt. sahabat-sahabat... apa cerita bercuti di hujung minggu yang lalu? Semoga semuanya membuahkan kebaikan dalam hidup dan mendapat manfaat dalam beragama.

Naik keretapi.

Pengalaman anak-anak naik keretapi.

Alhamdulillah...sempena cuti hujung minggu yang lalu dan nak meraikan hari jadi saya (kononnya lahh), kami sekeluarga mengambil peluang berjalan-jalan dengan menaiki keretapi. Maklumlah anak-anak saya ni memang tak pernah naik keretapi lagi. Selalu nampak je bila melalui landasan keretapi.

Jadi nak buat suspen dan kelainan sikit kami pergilah dengan keretapi. Ya lah asyik naik kereta je kan...bior ler lain sikit. Di samping anak-anak dapat pengalaman baru.

Hahaha terujanya masing-masing bila kata nak naik keretapi. Tak dapat dibayangkanlah...saya pun dah berzaman memang tak pernah naik keretapi. Ya lah tak duduk di laluannya, tak da pasallah pulak kan nak naik keretapi...hihi...

Wajah ceria anak-anak sementara menunggu ketibaan keretapi

Seingat saya last naik keretapi masa masih belum bersekolah lagi, itupun adalah sekali ke 2 kali je... Keretapi jalan ikut atas tu (STAR/LRT/ERL) biasalah juga masa zaman-zaman bekerja dulu, ini yang landasan atas tanah ni... Zaman dulu keretapi bukan keretapi komuter macam sekarang...masa tu masih kerusi kayu lagi, tak ada air cond... bila berjalan pulak bergegar je...dah turun pun masih rasa macam duduk dalam keretapi lagi! (ni selepas mak saya cerita balik lah...masa saya naik tu ingat-ingat lupa la..kecik lagi kan..) hahaha...

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap kononnya nak keluar awal sebab takut panas...maklumlah musim panas sekarang ni kan…tapi biasalah...itu ini begitu begini...(terhanuh-hanuh bak kata sesetengah orang) meninggi hari jugak ler baru keluar rumah.

Lebih kurang setengah jam perjalanan sampailah kami ke Stesen Keretapi Nilai. Di sini stesen keretapi terdekat adalah Stesen Nilai. Kami bercadang nak ke Seremban saja. Perhentian ke 3 selepas Tiroi dan Labu. Tak jauh mana sekadar nak merasa naik keretapi lah katakan. Lagipun bajet ciput. Jauh-jauh nanti besar pulak tambangnya..hihi..

Allhamdulillah setelah ke ruang menunggu, keretapi di jangka tiba jam 11.24 pagi. Tak lama jugalah. Walaupun begitu 'separuh naga' jugalah saya mengawal anak-anak yang tak tahu nak duduk diam... terloncat-loncat... berlari-berlari... risau pulak jatuh ke bawah landasan tuu... nauzubillah!

Akhirnya keretapi yang ditunggu-tunggu pun tiba tepat jam 11.24 pagi seperti yang dijanjikan pada skrin masa.


Dah tak sabar-sabar dah ni...

Anak-anak saya begitu teruja nampaknya. (saya punn...hiks...) Alhamdulillah sebaik melangkah masuk, kami diberi tempat duduk oleh mereka-mereka yang prihatin...(masa tu tempat duduk penuh) Terima kasihlah dengan mereka semua, semoga Allah memberi ganjaran terbaik pula untuk mereka.

Perjalanan memang lancar...anak-anak saya sajalah yang sekejap duduk sekejap bangun...riuh semacam... rasa-rasa macam kami dah 'konker' je suasana masa tuu...sabar je lah... Saya pun dengan senyum-senyum kambing ambiklah beberapa gambar untuk kenang-kenangan...hihi...


Abang dan Ash yang teruja

Kejakunan la pulak...

Lebih kurang setengah jam perjalanan sampai juga kami ke destinasi yang di tuju. Stesen Keretapi Seremban. Bukan nak ke mana pun...kat situ pun macam tak ada apa je...(orang Seremban jangan marahlah ya...) Seberang jalan tu ada lah Seremban Parade...pergi jugaklah tapi bila dah pusing-pusing tu macam tak ada yang menariklah pulak. Nak ke tempat lain kena naik bas...hmmm jadinya jalan-jalan cari makan je lah...sebab target pertama tadi pun nak merasa pengalaman naik keretapi je bukan nak merewang-rewang tak tentu pasal...nanti tak pasal-pasal dapat dosa pulak...tempat awam yang bercampur baur ni faham-faham je lah...suasana keislaman belum syumul...couple sana couple sini...macam-macam...tak elok pulak untuk anak-anak...Ya Allah...

Akhirnya selepas kekenyangan semuanya...kami bersiap-siap untuk balik semula. Naik keretapi lagi. Sekali lagilah anak-anak saya kegembiraan.

Sampai di rumah, seharianlah sampai ke malam cerita keretapi tak habis-habis sampailah semuanya tertidur. Alhamdulillah, semoga kegembiraan mereka menjadi kegembiraan Allah jua. Masing-masing mintak naik keretapi lagi nanti bila harijadi mereka pulak. InsyaAllah saya kata. (dalam hati...selamat duit mama...belanja ciput je hahaha...berbanding nak kena beli kek ke hadiah ke kan? Yang penting ia membuahkan kemanisan dalam keluarga kami) :D

Wallahualam.

Di Stesen Keretapi Seremban


'Pengalaman adalah guru yang berjasa'


Sunday, November 15, 2009

Cepatnya masa berlalu


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar je kini sudah pun menghampiri bulan 12. Sudah hampir ke penghujung tahun. Cuti sekolah pun sehari dua je lagi. Rasa-rasa macam baru saja saya bersibuk-sibuk membuat persediaan untuk abang bersekolah tempohari. Maklumlah anak pertama yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Teruja tu lebihlah sikit. Tak sabar-sabar nak tengok abang mengenakan pakaian seragamnya. Hikkss...

Ingat lagi macamana kalutnya saya mencari sekolah untuk abang. Sebab saya nak sekolahkan abang ke sekolah tahfiz. Cari punya cari yang ada semuanya jauh-jauh belaka. Tak haraplah nak tinggalkan abang di asrama. Ya lah rasa-rasa di rumah pun bukannya pandai lagi nak mengurus diri.

Jadi nak tak nak terpaksalah saya daftarkan abang ke sekolah biasa saja walaupun dalam hati memang sedih sangatlah. Tahu je lah sekolah biasa...bukan tak elok tapi saya nak kan anak saya ni terdidik agamanya. Diajar dalam suasana yang membesarkan Allah dan RasulNya.

Pada masa yang sama saya dan suami tak putus asa mencari lagi sekolah untuk abang. Akhirnya bertemu juga satu sekolah walaupun agak jauh tapi 'terdekat'lah dari yang lain-lainnya (boleh 'gagah' ler...). Sekolah tersebut memang menarik hati kami (dengan kecanggihan yang ditawarkan) tapi setelah dibuat musyawarah tak sesuai pulak. Sebab saya lebih sukakan sekolah yang menyerlahkan pakaian sunnah...pelajar lelaki berjubah dan berserban manakala pelajar perempuan menutup aurat yang sempurna. Ya lah sebut pun sekolah tahfiz. Tanggapan pertama saya begitulah.

Sekarang ni saya tengok memang banyak sekolah-sekolah Tahfiz/Agama yang dibangunkan. Baguslah kan..tapi risau juga melihat situasi macam ni. Macam suatu trend pulak. Agama sekadar diperalat untuk meraih keuntungan semata-mata. Sekolah korporat gitu...susah untuk mencari yang benar-benar mengamalkan sunnah sepenuhnya.

Astaghfirullah...

Akhirnya setelah mencari lagi dan lagi Allah meletakkan abang di Sekolah Rendah Agama Intergrasi. Alhamdulillah tentu ada hikmahnya.

Saya sebenarnya tak tahu pun sekolah ni berada di kawasan berhampiran (tepi hidung jek). Sebab masa mula mencari tu fokus kepada sekolah tahfiz tak terpandanglah ke sekolah agama ...ish3. Bak kata pepatah gajah depan mata tak nampak tapi kuman....(sambung sendirilah...) Syukurlah walaupun bukan seperti sekolah yang saya impikan tapi sekurang-kurangnya abang tidak di hantar ke sekolah yang memperalatkan agama untuk kepentingan duniawi semata-mata. (harapnya lah....insyaAllah)

Alhamdulillah abang dapat mengikuti pelajaran dengan cemerlang. Setelah hampir setahun abang di situ banyak improvement dapat dilihat. Kini setahun sudah hampir berlalu. Sedar tak sedar je. Rasa macam baru je melahirkan abang. Kalau di ingat-ingat terasa lagi sakitnya..hihi..

Ya, cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar je. Bukan setakat setahun berlalu. Sedarkah kita dengan tahun-tahun yang telah berlalu? Apa yang telah kita lakukan untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama? Ohh..

'Semakin kita jauh ke depan jangan lupa pandanglah ke belakang dan muhasabahlah atas apa yang telah kita lakukan.'




Semoga abang sentiasa mengekalkan pakaian sunnahnya kelak.



Tuesday, November 10, 2009

Cerita Kakak dengan bantal dan kakannya

Sudah 2 minggu Kakak membuat perangai asyik 'terlepas' saja. Sebelum ini Kakak memang dah pandai sangat untuk ke tandas bila nak merealisasikan hajatnya. Tapi entah apalah masalahnya (protes ke?..) 2 minggu kebelakangan ni ada saja insiden 'terlepas' baik yang 'kecik' mahupun 'besar'. Bukan sekali dua kali ..tapi banyak kali. Hishhh....sabar je lah... Maka 'berangin' sajalah saya 2 minggu nih. Bp pun kalau periksa agaknya mesti suspek darah tinggi.

Klimaksnya entah pukul berapa (dinihari) saya tersedar yang Kakak telah terkencing di tempat tidur. Kebiasaannya tak ada la pulak. Mungkin disebabkan cuaca sejuk sebab hujan sepanjang malam.

Nak tak nak kenalah saya bangun dalam keadaan kemamunan (betulke perkataan nih...malas nak tengok kamus) dan 'berangin' itu menguruskan Kakak untuk dibersihkan semuanya. Alas tidur termasuklah bantal dan kakannya terkena air kencing. Bantal dan kakan tu merupakan 'sahabat baik' kakak yang tak boleh tidak mesti ada menemani kakak sewaktu minum susu.

Mengamuk-ngamuk jugalah saya dalam hati waktu membersihkan Kakak. Mahu tidak... tengah sedap-sedap tidur. Tak cukup siang, malam pun nak buat perangai... Berkepul-kepul asap keluar dari telinga gamaknya kalau boleh nampak...hihi. Bukan tak biasa terbangun malam sebab anak meragam tapi kali ni mungkin penyebabnya dah berlarutan 2 minggu. Tu yang angin satu badan.

Astaghfirullah...

Esoknya sampai masa kakak nak minum susu maka sibuklah dia mencari bantal dan kakannya. Puaslah saya memberitahu yang kakan dan bantalnya tu saya basuh sebab dah terkena kencingnya malam tadi. Wahh apalagi mengamuk sakanlah kakak. Menangis tak berhenti-henti bagaikan histeria. Kakan...kakan...Tak reti bahasa dah nak buat macamana. Malam tadi punya angin pun belum reda... dah ditambah lagi. Aduhaiii...Kepala saya pulak macam berdengung-dengung je sebab tidur terganggu. Cakap elok-elok pun mengamuk. Betukar jadi 'naga' pun macam tu jugak. Sebelum saya yang histeria saya biar je lah.

Akhirnya Kakak diam sendiri. Tapi mogok pulak. Tak mahu makan dan minum. Tak usah pujuklah macamana. Apa bahasa cakap pun diam jek macam pasu bunga. Jenuh jugalah menyabarkan diri walaupun terlepas juga se das dua (lebih kot...). Kasihan la pulak. Ish...sabar sabar.... selalu dengar ceramah pasal sabar kan...ha ni Allah nak tengoklah tahap kesabaran tu.

Sampai jam 3 petang barulah kakannya kering. Alhamdulillah Kakak kembali seperti sedia kala. Tiada dendam atas amukan saya tadi. Subhanallah. Begitulah anak-anak ini. Patutlah layak digelar ahli syurga. Kalau kita selepas diamuk begitu rasa-rasa taubat tak nak bercakap seminggu dah. Hihi...

Bila difikir-fikir balik apalah nak 'angin' sangat sampai satu badan...? Bukan selalu pun. Setiap saat yang kita sabar tu Allah beri bonus. Berbaloikan? Lagi pulak anak-anak ni juga memberi 1001 kebahagiaan. Bila saya post mortem balik tu lah. Tapi waktu tu...hee tak boleh nak katalah...

Begitulah. Itu baru kakak punya cerita. Tak termasuk penangan abang-abangnya pulak. Bukan senang dalam mendidik anak-anak ni ya. Mesti ada kesabaran yang tinggi. Untuk bersabar perlukan keimanan yang tinggi pulak. Nak dapatkan iman dan mengekalkan keimanan tu lah yang payah...




Sahabat baik kakak. Si bantal dan si kakan. Dari mana boleh dapat nama kakan tu pun tak tahulah...


'Selalulah bersabar...belajar untuk sabar...bukan cepat hilang sabar!'


Haa sesiapa ada tips nak menyabarkan diri waktu anak mengamuk tu bagi ler kat ambo nih..


Wednesday, October 28, 2009

Sukaneka Muadz

Alhamdulillah sukaneka sekolah Muadz telah berlangsung pada 24 Oktober yang lepas. Ini adalah pengalaman kedua saya menyaksikan anak bersukan. Bila anak bersukan ni saya pulak yang lebih-lebih rasanya. Bukan apa, nak bagi semangat (ke naik semangat..? eh..). Masa si Abang dulu lagi la excited. Maklumlah anak pertama. Macam terlebih-lebih pulak. Muadz ni ada sikit terkontrol lah...hihi. Sekolah tabika anak saya ni kalau buat sukaneka akan bersekali dengan hari keluarga. Tu yang best tuu..

Bermula jam 7.30 pagi kami berkumpul di sekolah tabika dan bergerak secara konvoi ke tempat sukan. Tahun ni sukan bertempat di Agensi Nuklear Malaysia.

Saya tak pernah pun masuk ke situ. Ya lah bukan tempat awam. Jadinya terujalah sangat nak tahu apa ada kat situ. Sebut pun nuklear. Sesampai saja wahhhh tak sangka pulak macam tu rupanya... dipenuhi hutan simpan... macam FRIM aja cuma tak ada sungai. Tak tahulah kalau bahagian dalam hutan tu betul.

Nyaman saja tempatnya. Hutan kan...(selalu hutan batu) tapi nyamuk banyak la pulak. Sebaik acara belum bermula kami diingatkan yang kawasan ni 'keras' sikit jadi jangan ler memandai-mandai nak masuk ke dalam hutan tu walaupun ada jalan-jalan yang memang tersedia (cuma untuk mereka dan keluarga mereka..). Tak dibenarkan ber jarak dari tempat sukan tu je lah...hee seram ler pulak..

Tepat jam 9 pagi acara dimulakan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Para ibu bapa pulak yang semangat semacam memberi sokongan untuk anak-anak. Bagus lah tuuu...

Setiap kali acara 3 kumpulan yang akan bertanding. Maka tiadalah istilah tidak 'menang'. Semua pun akan balik membawa hadiah. Maklumlah budak-budak tadika lah katakan tak dapat hadiah nanti mengamuk pulak. haha...

Beberapa pic yang sempat diabadikan..


Tengah bersiap sedia untuk acara membawa bola ping pong dalam sudu

Bersemangat sungguh Muadz waktu ni

Acara lumba jalan itik. Acara ni lah satu-satunya kumpulan Muadz dapat tempat pertama. Oke lah tu

Ni pulak acara kasut gergasi. Kanak-kanak yang kemetot memang terdera lah memakainya.. memang gergasi sungguh! haha...



Antara hadiah-hadiah yang disediakan. Saya tak dapat pun huhuhu...walaupun masuk acara ibu


Apa dia orang nak buat nih? eh..


Kakak dan abang tak habis-habis mengadu kena gigit nyamuk


Muadz sangat bahagia bersama hadiah-hadiah yang telah dimenangi. Abang dan kakak tumpang sekaki laa

Antara lorong-lorong kecil menuju ke dalam hutan. Teringin je nak tengok kat dalam tu tapi tak dibenarkan. Masa ambil pic ni pun terasa seram semacam je...

Alhamdulillah akhirnya majlis selesai jam 12 tengahari.

Sedikit info berkenaan Agensi Nuklear Malaysia. Klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi%20Nuklear%20Malaysia

Saturday, September 5, 2009

Bersabarlah sayang..

Dialog di bulan puasa

Hari per-1 puasa

(pukul 1 tgh)
Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom..tunggu azan Maghrib
(pukul 4 ptg)
Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom...kejap lagi..
Muadz: Nape lambat sangat nih...
Mama: Sabar...kalau tunggu memang rasa lambat..
Muadz: Dah lapar sangat..hauss...
Mama: Puasa memang macam ni...sabarlah tak lama dah...

Hari ke 2

Muadz: Ma dah boleh buka?
Mama: Blom... kan kena tunggu azan Maghrib
Muadz: Kalau posa mama bagi sesuatu?
Mama: Allah yang akan bagi...
Muadz: Kete kontol? (kereta kontrol)
Mama: Hmm ??

Hari ke 3

Muadz: Ma lapar...
Mama: Sabar memang puasa lapar...
Muadz: Dah tak tahan
Mama: Tahan sikit lagi
Muadz: Minum sikit boleh? Nanti sambung balik..
Mama: hmmm..

Hari berikutnya

Muadz: Ma haus sangat
Mama: Memanglah puasa...nanti Allah bagi ganjaran...
Muadz: Dapat kete kontol..?
Mama: ...
Muadz: Alaa...
Mama: Allah suka orang yang sabar..

Muadz: Ma dah azan
Mama: Blom tu bukan azan Maghrib
Muadz: Dah nak mati ni...tak tahan dah..
Mama: Siannyer...sabar laa...

Muadz: Ma saya tanak lah kete kontol...
Mama: Aik??
Muadz: Saya tanak dah posa..tak larat dah...
Mama: Laa... tu la posa bukan sebab nak kereta kontrol...puasakan sebab Allah suruh...
Muadz: Sayakan kecik lagi...
Mama: Dah 5 tahun dah..kenalah belajar...nanti dah beso senang...
Muadz: Tak pe lah...tunggu saya 6 tahun lah..
Mama: Ye lah tuu...

Alhamdulillah Muadz berjaya juga berpuasa sehingga hari ini hari yang ke 14, walaupun ada masanya terpaksa diberi sedikit air waktu tengahari...tapi dia sanggup menyambung semula puasa sehingga waktu berbuka. Semoga Muadz berjaya meneruskan puasa sehingga sebulan Ramadhan. Semoga anak mama ini menjadi anak yang soleh. Anak yang kuat jiwanya dalam menempuh dugaan hidup...


Muadz tertidur keletihan menunggu waktu berbuka


'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'