Saturday, May 30, 2009

Madihah sayang ...

Pejam celik pejam celik tak sedar je setahun dah berlalu. Tanggal 30 mei genaplah umur anak saya yang ke empat Siti Nur Madihah setahun...sama pulak nama dengan budak yang pandai tu kan...moga Madihah saya pun boleh pandai macam tu..


Sekadar berkongsi saat manis!

baru sehari di dunia



beberapa bulan

belajar meniarap

mula merayap

dah pandai meniti

abang-abang dan kakak turut berkongsi kegembiraan mendapat adik baru


Beberapa gambar yang sempat di rakam. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak larat nak upload lambat sangat. Cukup yang ni je lah. Gambar terbaru tak 'dan' lagi nak ambil..bateri kamera habis la pulak...


eeeeee
Semoga anakku menjadi insan yang memuliakan agamanya. Sama-sama berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Agar Islam kembali agung!


"Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat Islam) Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui ,bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk agama Allah"

Riwayat Al-hassan bin Safwan Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim putera Rasulullah s.a.w

8 comments:

  1. rasa mcm nak beranak lagi lah pulok...

    ReplyDelete
  2. Salam....

    IIsskk, bestnye ada baby. Ye laaa, rasa cam nak ada baby lagi la. Anak dah beso2. Doakan saya ye :D

    ReplyDelete
  3. Ha elok lah tu mas..baru 5 kan...meh kita ramaikan umat Muhammad..depa juga nak doakan kita sok... InsyaAllah Aliahnizam sama2 kita doa ya!

    ReplyDelete
  4. Salam taarruf ukhti aashaku.ni nama betul atau samaran atau pena je?maaf sebab lambat respon pada komen ukhti lewat blog saya.nama saya, Noorwahida Daud @ Arifin, orang besut, Trg. Semoga selepas ini kita dapat berkenalan dengan lebih lanjut. sebagai penguat hati di kala sukarnya mendidik anak-anak di zaman yang penuh cabaran ini.

    ReplyDelete