Thursday, May 21, 2009

Tak ada air la pulak...

Biar tak ada api janganlah tak ada air kan. Hari ni satu taman saya ni tak ada air. Dah tau dah pasal SYABAS dah pun buat makluman seminggu yang lepas. Okaylah dah simpan sikit air. Kalau macam saya ni keluarga kecil bergantung pada air tangki setakat sehari tu insyaAllah lepaslah kalau berjimat. Jangan terus tak ada udah ler. Macam tahun lepas... 4 hari maa.. azab.. satu daerah sepang ni...kecoh kat tv dulu tu...


Kali ni bukanlah saya nak berkongsi cerita pasal kesusahan tak ada air ni tapi sekadar nak berkongsi 'cerita-cerita'. Menambah koleksi paparan di blog..hehe.. Pengalaman baru ni. Mungkin kawan-kawan pernah dan ada tak pernah melaluinya. Bukan apalah.... tak ada air kali ni sebab SYABAS kata nak cuci tangki penyimpanan air tu ler... bagus dia orang ni tiap-tiap tahun pun buat penyucian... jangan tragedi tahun lepas berulang sudah ler... syabas kepada SYABAS...eh..


Pasal nak cuci tangki ni tak pernah pulak saya tahu kena buang air yang lama tu melalui pili bomba. Pili bomba tu pulak betul-betul tepi pagar rumah saya ni ha. Mungkin sebelum sebelum ni pun begitulah tapi dulu saya duduk lorong lain walaupun taman yang sama. Jauhlah dari pili bomba ni. Tak tahu cerita.


Apalagi bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi gitu dia orang pun start kerjalah, buka pili bomba tu. Mak aiii kuatnya bunyi dan air yang keluar tu punyalah laju. Kalau setakat orang yang kurus macam bini popai tu memang melayang lah jawabnya. Terkezut akak kat dalam rumah ni ha ingat kan hapa..tsunami ke.. earthquake ke.. tak ada la pulak 'disound sound' dulu nak bukak tu aleh aleh terdengar deruan air je.


Oleh kerana lama jugak proses pembuangan air tu sempat ler saya merakam beberapa gambar untuk dibuat kenang-kenangan...hehe...



Selepas naik sebal jugak telinga dengan bunyi air tu (dekat 3 jam) barulah SYABAS tutup. Okay legalah sikit. Aleh-aleh sebelah petangnya sekali lagi dibukak. Tak tahulah sebab apa pulak. Tapi tak lama lah. Apa lagi anak-anak saya yang dah balik sekolah semuanya tu bukan main ler sukanya lagi. Rahmat lah bagi mereka. Budak-budak dengan air mana boleh pisah.


'Waaa air-air' kata Abang. 'Jom kita main'. Waduh.. tak sempat nak larang melompat semuanya keluar main air. Di sebabkan kelajuan air tu sangat kuat sebahagiannya melimpah masuk ke dalam pagar rumah saya...Mulanya saya marah jugak le budak-budak jangan main air tu. Dia orang pun usik sikit sikit je lah... lama-lama... hmmm.....main je lah wahai anak-anakku... bukan selalu nak dapat peluang macam ni ya! haha...







Kalau dah budak ...



Lucu la pulak. Nikmat tak ada air. Terima kasihlah kepada SYABAS dengan tungkus lumus anda memastikan kami semua mendapat air secukupnya!


'Sesungguhnya membazir itu sahabat syaitan'

2 comments:

  1. sayang je air tu ek, kalau buat siram pokok pun bagus jugak.... Cantik gambar header awak tu.

    ReplyDelete
  2. iyer.. koi tgk depan mata lagilah..lama lak tuh. memg amik pun wat siram bunga n laman n 3 baldi wat simpanan tuk siram pokok lg.. tq2 header tu jumpa masa surf2 tenet, sape punya blog tah..copy n paste je ler...hehe..

    ReplyDelete