Sunday, March 28, 2010

Bila Aduan Rakyat datang

Bila Aduan Rakyat datang barulah masing-masing nak kelam kabut. Bila kena terjah dengan Edisi Siasat barulah nak ambil tindakan. Bila Bersamamu datang bertandang barulah nak turun padang... Kenapa begitu ya..

Itulah manusia...kita...memang mudah lalai. Bila di atas kita lupa pandang ke bawah. Bila ada kuasa kita lupa pada yang lemah. Begitulah...lumrah...itu orang, senanglah kita kata ya...kalau kita di tempat mereka entahkan lebih lagi? Manusia selagi tak diuji belum tentu teguh imannya. Semoga kita tak begitulah. Walau menongkah langit tak lupa rumput di bumi...ceewahhh berfalsafah la pulak...

Bila dah begini kita memerlukan orang lain untuk menegur atau membetulkan keadaan bila suasana semakin parah. Asbab itu jugalah lahirnya Aduan Rakyat, Talian Hayat, Edisi Siasat, Bersamamu dari mereka yang prihatin. Terima kasih untuk mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah buat kerja untuk kita yang terpinggir...yang dipinggirkan. Kalau diniatkan kerana Allah lagilah bagus..

Baru2 ini Aduan Rakyat dijemput ke tempat saya oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) di sini. Bila segala aduan tak diendahkan ke situlah jawabnya. Menggunakan saluran yang disediakan kan kan...

Ceritanya telah pun disiarkan Rabu lepas di TV3. Ada tengok? Aisehwomen...tu lah akak nak heboh awai tapi tak dan...(tak dan manjang...) Tak pe lah layannn...

Masalah yang kami ajukan ialah perihal kolam tadahan (balancing pond) di sini. Apa yang diperhatikan ia tidak diselenggara dengan baik. Rumput lalang dibiar meninggi tak pernah bertebas. Ada sekali saja yang saya pernah perasan tempat tu diterangkan sejak berpindah ke sini. Sekarang dah kembali bagaikan 'hutan amazon'. Lagi pulak ia tempat takungan air yang boleh membiakkan nyamuk aedes. Jangan-jangan anconda pun boleh ada... eh melampau lah tuu... ular sawa ya.., memang pernah ditemui.

Di tempat saya ni memang telah disytiharkan kawasan gelap denggi. Hampir setiap bulan ada kes demam denggi di laporkan. Walaupun belum ada kematian (setahu sayalah) tetapi takut juga kalau ia berterusan. Setiap bulan memang ada lori kesihatan datang untuk buat semburan tapi tak makan saman. Sampai naik pelik hairan bin ajaib lah orang2 kesihatan tu. Nyamuk disini power sungguh! Mereka memang dah buat kerja dan kami juga sudah menjaga kebersihan masing2 dengan kerap juga membuat gotong royong tetapi demam denggi masih lagi dilaporkan. Sebab itulah kami berpendapat ada kemungkinannya datang dari kolam tadahan tersebut.

Tapi biasalah kalau aduan dibuat susah untuk kita dapat perhatian terus. Tu yang hairan tu apa pasal dia orang ni susah sangat nak turun padang. Balik-balik suruh bersabar akan dibuat siasatan....tapi sampai sudahlah siasatan tak siap-siap...tak tahu lah... bila repot diaju lagi, masih dalam siasatan... tunggu kertas kerjalah.. tunggu pegawai bertugas balik dari luar negerilah..tunggu kelulusan pihak atasanlah dan macam-macam...kes denggi tetap berleluasa!

Bila dah macam tu haa Karam Singh Waliyalah jawabnya...

Alhamdulillah lebih kurang seminggu je aduan dibuat terus mereka datang...macam ni lah baru orang yang nak buat kerja...tak tangguh2...

Sabtu, 13 mac menjadi sejarahlah di tempat saya dikunjungi Aduan Rakyat (bukan wakil rakyat...) heheh..kecoh sekejap maklumlah orang tv datang....

Alhamdulillah. Setelah dibawa meninjau ke kawasan yang dimaksudkan dan mengambil maklumat yang patut mereka memaklumkan akan membuat aduan segera.

Tup tup esoknya...14 mac sekitar jam 8.00 pagi sekumpulan pekerja datang untuk membersihkan kawasan kolam tadahan tersebut. Saya tahu ni pasal kolam tadahan ni memang betul-betul depan rumah saya. Ingatkan apa pagi-pagi buta dah dengar bising-bising. Alhamdulillah...

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan

Wahhhh cepat betul diaorang datang. Pelik bin ajaib binti hairan nii... bolehlah pulak bertindak secepat itu ya...di hari cuti pulak tuu...hmmm... Semoga lepas2 ni kawasan tersebut dapat pemantauan berkalalah hendaknya. Tidaklah tunggu Aduan Rakyat untuk kali ke dua pulak untuk tindakan lanjut.

Sehingga semalam kerja-kerja pembersihan masih lagi berjalan dan pagi ini gotong-royong basmi wabak denggi turut diadakan anjuran bersama Pejabat Daerah Sepang, Persatuan Penduduk, Surau, KRT dan SRS. Alhamdulillah semoga kerja-kerja ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT untuk kami semua. Diharap juga kes denggi di kawasan saya dapat dibasmi sepenuhnya.

Terima kasih kepada TS Lee and the gang. Karam Singh tak ada pulak hari tu...ingat boleh jumpa dia hihihi...

Wallahualam.

Bukan nak mengheboh sekadar berkongsi cerita..

'Terbakar kampung nampak asap..terbakar hati siapa yang tahu' - Karam Singh Waliya

"Sesungguhnya Allahlah penyelesai segala masalah"

2 comments: