Tuesday, July 28, 2009

Gambar-gambar ijtima'

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat.. harap nya tidak terlambat lagilah entri kali ini. Kalau rasa-rasa dah sejuk tu kira warm up balik lah..

Bukan tak mahu buat cepat tapi al-maklumlah very the beezee manjang... ate pulak kekadang idea tak nak datang. Camno nak nulih. Ada idea maso lak tak do. 'Bersilat' ngan anak-anak. Ado idea dan maso komputer lak kono guno. (Adehh yang den cakap nogori ni apesal lah pulak nih...ni Mas nya pasai lah ni...hiks...) Bila dah ada idea ada masa komputer pun free dah..aleh-aleh keyboard lah pulak buat hal. (dah crite dah dalam entri lepas..hihi..) ate camner...hiks.. eh membebel ni buat hapa.. jom layannn...

Gambo-gambo je lah yek nak cerita tak reti...sebab hubby yang pegi. Sekurang-kurangnya mendapat gambaran pada sahabat-sahabat yang nak tahu tu dan yang tak pegi. Ya lah tak semua tahu pasal tabligh ni kan..apa di buat waktu ijtima' tu ...

Walaupun tak digalakkan mengambil gambar sebab bukan itu sebab berijtima' tapi diharap gambar-gambar ini sedikit sebanyak memberi info lah. Bukankah gambar boleh menceritakan sebahagian cerita...? Kalau sahabat-sahabat nak tahu lebih lanjut karkuzari (laporan) boleh le tinjau ke http://gotabligh.com/ atau lagi gambar-gambar ke http://muara100.blogspot.com/

Oke moh tengok ...



Alhamdulillah PM sempat juga berkunjung walau seketika

VVIP juga turut hadir memeriahkan suasana

Jemaah sedang khusyuk bersolat




Mendengar bayan




Berwudhuk lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sewaktu ini juga diberitakan mereka diuji dengan kehabisan air. Tapi dengan izin Allah semuanya dapat diatasi.




SYABAS penyumbang air utama semasa ijtima' selain bomba

Bergilir mengambil wudhuk




Bergerak ke Masjid Kuarters KLIA untuk solat Jumaat


Sedang menunggu waktu solat



Sejurus selesai solat jumaat






Khemah tambahan jemaah Bangladesh (ramai diaorang ni sampai kena tambah khemah.. subhanallah!)


Sebahagian jemaah khidmat shuttle menunggu untuk perkhidmatan seterusnya di masjid KLIA
(terpaksa menunggu di luar kawasan ijtima' untuk elakkan 'melekat' di dalam, langsung tidak boleh membawa jemaah keluar masuk)




Suasana malam hari


Sewaktu tiada program

Jalan-jalan cari makan



Warung-warung sentiasa sesak



tu dia dulang... ni untuk serve jemaah makan...satu dulang rm10 boleh di makan untuk 5 orang
(makan untuk jemaah Malaysia kenalah bayar sendiri tetapi untuk jemaah foreign makanan memang disediakan percuma sebagai menghormati jemaah tetamu)

attar datang dari kemboja


Selepas ijtima' berakhir...kelihatan jemaah berpusu-pusu untuk pulang. Insyaallah masing-masing telah mendapat sesuatu sepanjang mengikuti ijtima'.
Ambillah kebaikan di dalamnya. Jangan jadikan perkara-perkara remeh yang ditemui sebagai penghalang untuk meneruskan usaha yang mulia ini.
Diharap peluang dan ruang yang telah Allah izinkan untuk berijtima' kali ini telah memberi kekuatan agar lebih 'mantop' lagi untuk meneruskan usaha memperjuangkan sunnah Rasul ini.

wallahualam.

Sunday, July 26, 2009

Apa khabar...

ditulis sebaik saja dapat keyboard baru

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat...

Lama tidak dapat mengupdate blog.. selain memang sentiasa beezee seorang SAHM.. seminggu lepas keyboard saya pulak 'demam'... istilah lain dah cukup hukum lah tuh... kejap ok kejap tak ok...last-last 2 hari lepas 'kong' terus...(tergendala misi nak buat entri baru) jadiknya sekadar boleh surfing2 ajelah tak boleh nak menaip apa pun. Sib baik lah si tikus okey... (mouse ler). Boleh gak lah merayau-rayau...tapi ikut jelah jejak yang dah ada...masuk dan masuk dan masuk...he he he...

Dalam merayau rayau tu terjumpalah klip2 video kat bawah nih...sekadar berkongsi..


mmm...gerammnyer...

anak sapa ni haaa....


Pastu pulak tak sangka terjumpa lah yang ni... ish ish ish.. kelakar bukan? Bukan? Apa pendapatan anda? (tak cukuuppppp) tu ler... solat sanggup dipermain-mainkan... ni lah dunia akhir zaman... astaghfirullah... kalau nak buat lawak pun benda lain tak boleh ker?? Patutlah Islam dihina kalau dah kita sendiri tak menjaganya. Sama-samalah kita membantu usaha atas iman agar hidayat Allah tersebar seluruh alam...amin.

Kepada sahabat yang buzz saya kat ym tu sori ler asyik balas ngan icon2 aje...

Wednesday, July 15, 2009

Seribu wajah satu aqidah



Alhamdulillah dengan rahmat Allah taala Ijtima' Malaysia telah dapat berlangsung dan berakhir dengan jayanya.

Sehubungan itu juga meluas berita mengenai ijtima' di mana-mana. Dengan kehadiran ratusan ribu orang malah Perdana Menteri yang sanggup 'turun padang' serta orang-orang kenamaan lainnya tentulah ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Cuma janganlah kita terlalu gembira dan leka dengan gahnya bilangan yang hadir itu. Bukan fokus kita kepada kehadiran yang ramai tetapi apakah perubahan yang kita boleh lakukan selepas ijtima' tersebut.

Kejayaan adalah hak mutlak Allah taala. Kita hambanya hanya mengusahakan saja. Allah Maha Kuasa manusia tiada apa.

wallahualam.

Wednesday, July 1, 2009

Lembutnya hati mereka...

Semenjak dua menjak ni ralit pulak saya melayari blog-blog di internet sampai tak sempat nak mengupdate blog sendiri. Macam-macam yang saya jumpa canggihs manggihs semuanya. Dalam pada saya berblogging blogging tu terjumpa saya satu blog yang memuatkan gambar-gambar yang sungguh menyentuh perasaan. (Video pun ada tapi tak tau macamana nak ambik) Jadi saya ambil gambar-gambar tu (dah mintak izin tau!) untuk di kongsi bersama agar kita mendapat sesuatu selepas melihatnya.


Subhanallah! Anak-anak kecil ini menangis sewaktu berdoa mohon keampunan daripada Allah..

Bersungguh-sungguh mereka..

Sedangkan mereka ini tidak berdosa...

Bagaimanakah kita?



Semoga kita ambil iktibar dengan gambar-gambar ini. Ini bukan lakonan. Ini adalah tangisan keinsafan lahir dari hati anak-anak yang bersih. Kita bagaimana? (saya lah tuuu) Adakah hati-hati kita masih sekeras batu? Tak rasa apa apa pun. Tengok filem boleh pulak menangis kan...Ya Allah! Sekurang-kurangnya kalau pun kita tidak boleh menangis dalam mengenangkan dosa...menangislah kita sebab hati ini terlalu keras...


Gambar-gambar ini saya ambil dari blog http://al-ansoriyy.blogspot.com. Anak-anak adalah merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al_Quran Dan Hadith Al-Ansori. Semasa gambar di ambil anak-anak sedang mengikuti program motivasi anjuran maahad berkenaan.

Sunday, June 21, 2009

Ijtima' Malaysia

Alhamdulillah dengan limpah dan rahmat Allah taala, Ijtima' Malaysia akan diadakan pada 9-12 Julai ini bertempat di Kuarters Kerajaan KLIA.

Kini kerja-kerja pemasangan khemah dan lain-lain keperluan sedang giat dijalankan.

(gambar diambil oleh hubby untuk bakar jazbah karkun di luar sana)


jemaah khidmat sedang tekun menyiapkan khemah


rangka kayu untuk bekas air berwudhuk

pembetulan: tmp meletak dulang(diedit 16/7/09)

khemah-khemah umum

panjang khemah dianggar boleh memuatkan 5 buah boeng 737-400 disusun memanjang (luas tuuu)

tandas umum


khemah-khemah jemaah khidmat

'parking mati' bersebelahan khemah khidmat
tempat letak kereta yang tidak boleh keluar sehingga habis program

khemah 'elders' (telah siap)


Marilah sama-sama kita berdoa agar usaha ini diberkati dan menjadi asbab hidayat Allah taala untuk umat seluruh alam.


JOM HEBOH!


Ijtima' Malaysia merupakan perhimpunan Jemaah Tabligh seluruh dunia yang kali ini dapat diadakan di Malaysia. Terbuka untuk seluruh muslimin di Malaysia dan dunia. Bertujuan untuk membawa manusia cinta kepada Allah dan Rasul serta mengamalkan sunnahnya. Allah Maha Kuasa manusia tiada kuasa.

Wednesday, June 3, 2009

Bengkel dan Pizza

Sebelum cuti sekolah hari tu saya berkesempatan mengikuti bengkel keibubapaan dan demo membuat pizza di sekolah tadika anak saya. Terlambat pulak masukkan entri ni. Tunggu gambar sebenarnya. Gambar tu drp hp, hp tu org lain punya pulak...tunggu tranfer tu ler... Orang tak pandai meng'ayat' ni kenalah sokong dengan gambar kan.. lainlah kalau Kak Zu ke Mas ke...apa pun jadi!

Tak ramai pun ibu (bengkel ni khusus untuk kaum ibu saja) yang hadir masa bengkel tu. Tapi bolehlah. Biasalah program-program sekolah memang ibu bapa kureng sikit...tu pun pasal ada nak buat demo piza kalau tak tu lagi lah gamaknya.(memang ada pun yang sebut pada saya dia datang sebab ada demo tu ler) Saya? Sama gak kot...ish ish...tak lah.. sebab boleh makan pizza lepas tu..haha

Aktiviti yang melibatkan ibubapa dan guru sebegini memang eloklah diadakan. Boleh kenal mengenal satu sama lain. Guru dan ibu. Ibu dan ibu-ibu. Kenal hati budi. Ada ukhwah. Boleh doa mendoakan. Baru boleh turun rahmat. Anak-anak belajar dapat berkat.

Sebenarnya bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu-ibu tentang perihal dalam mendidik anak-anak. Penerapan keupayaan anak-anak dalam menggunakan pancaindera yang ada selain merangsang minda dan tatacara bertindak dalam melakukan sesuatu aktiviti.



para ibu sedang khusyuk mendengar 'celoteh' pengetua


pembahagian kumpulan-kena buat tugasan la pulak




sibuk menyiapkan tugasan



hasil tugasan- kump. saya yang lawo skali tu ler...mane satu eks..




Salah seorang ibu memberi penerangan tentang hasil tugasan tersebut. Apa yang boleh diperolehi oleh anak-anak dlm melaksanakan aktiviti tersebut.



Lagi aktiviti merangsang keupayaan




tugasan akhir- menyusun piramid makanan. Haa terkial-kial tu mana nak bubuh! Sayalah tu!hihi..


Selesai semua tugasan bermulalah pula demonstrasi membuat pizza. Rumit juga tapi tak susah lah. Mungkin tak pernah buat nampak macam payah sikit. Bukan apanya renyah bahan-bahan dia tu ler. Tapi saya rasa bagi yang dah biasa masak boleh aje diubah bahan-bahannya bergantung pada kesukaan kita lah.


Diperturunkan resepinya bagi yang nak mencuba.




Bahan Doh


Bahan A
624gm tepung high protein
127 gm gula pasir
10gm yis kering
secubit garam
1 sudu teh bread softener
10gm susu tepung
67gm shortening
50 gm butter


Bahan B
270 gm air ais
1 biji telur
dipukul bersama selama 3 minit

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan A dan gaul sehingga peroi. Kemudian masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kemudian biarkan doh naik dan uli semula untuk membuang angin dari tepung. (boleh dibahagikan kepada 3 bahagian) buatlah bulat-bulat macam roti canai tu.

Bahan Inti


1 bungkus ayam yang telah dikisar (ditumis dengan sebiji bawang besar dengan menggunakan butter dan campurkan sedikit serbuk lada hitam serta garam)

1bungkus sosej daging atau ayam
1 bungkus isi ketam
1 bungkus sayur campur
semuanya dikukus selama 10 minit


1 tin nenas
1 bungkus mozarella

1botol cili sos thai - dimasak dengan sedikit butter dan dicampurkan 1 sudu oregano

Selesai semuanya bubuhlah bahan inti ke atas bahan doh. Tahu kot caranya...tabur je la...pastu bakar sampai masak dalam 10-15 minit gitu.

Sesiapa yang berminat tu bolehlah cuba try test. Insyaallah. Saya dah makan memang best! Cuma buat je belum berkesempatan ..hihi...tapi rasanya kalau ikut tertibnya tu memang boleh.

Sekian. Gambar pizza tak de la pulak..masing-masing sibuk makan kot...





'Makanan yang halal membentuk hati yang bersih'






PERHATIAN: bila membeli keju pastikan tiada kandungannya bernama RENNET. RENNET adalah sejenis bahan yang diambil dari perut babi digunakan untuk membekukan keju. Sesetengahnya diambil dari perut lembu iaitu PEPSINOGEN. Jadi kalau ada tertulis PEPSINOGEN bolehlah dimakan. TETAPI berhati-hati juga jika ia buatan luar negeri yg tidak mendapat kelulusan halal. Kemungkinan lembu itu tidak disembelih pula.